PENGENALAN
Pada setiap hujung tahun, iaitu setiap 31 Disember, sebuah perhimpunan yang diberi nama Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati dianjurkan bagi mengumpulkan para alumni ABJZ seluruh Malaysia. Para alumni dijemput hadir dan berhimpun bagi menyatakan kepada dunia bahawa mereka adalah remaja dan belia yang bijak menjauhi zina. Himpunan yang akan diadakan ini turut menjemput para artis, pertubuhan mahasiswa dan beberapa badan-badan lain untuk bersama remaja belia menyambut tahun baru secara sihat dan berakhlak.
Himpunan ini akan diakhiri dengan program Larian Sihat Cergas 1000 Pemuda pada 1 Januari 2012 di sekitar Taman Tasik Perdana sepanjang 4 kilometer bagi melahirkan para remaja belia bersemangat kental, cergas tubuh badan dan terbina jati diri.
OBJEKTIF:
• Menghimpun 1000 remaja dan belia untuk menyatakan kepada dunia bahawa 'Saya Bijak Jauhi Zina'
• Menghubungkan sillaturrahim di antara alumni program Anda Bijak Jauhi Zina
• Menyediakan alternatif hiburan yang baik untuk para remaja dan belia menyambut sambutan tahun baru
• Melahirkan remaja dan belia yang sihat dan cergas fizikal, intelek, emosi dan spiritual dengan aktiviti yang menarik
TEMPAT:
I. Masjid Negara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
II. Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
III. Taman Tasik Perdana, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
TEMA:
Jiwa Cerdas Pemuda Cergas
ANJURAN & KERJASAMA:
1. Raudhatus Sakinah (RS)
2. Raudhatus Sakinah Master Training & Consultancy (RSMTC)
3. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
4. Masjid Negara
5. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
6. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
7. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
TENTATIF:
Hari Pertama: 31 Disember 2011 (Isnin)
12.00 – 3.00 ptg Pendaftaran peserta
3.00 – 5.00 ptg Pembahagian Kumpulan & Solat Asar
5.00 – 6.30 ptg Majlis Perasmian Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati
6.30 – 9.00 mlm Siap diri/ Makan malam / Solat Solat Isyak
9.00 – 12.00 mlm Persembahan 1000 Jiwa 1 Hati
12.00 – 4.30 pg Rehat / Tidur
Hari Kedua: 1 Januari 2012 (Ahad)
5.00-5.45 pg Qiamullail Perdana
5.45-7.00 pg Solat Subuh dan Tazkirah
8.00-10.00 pg Larian Sihat Cergas 1000 Pemuda
10.00-10.30pg Sarapan pagi
10.30-11.30 pg Majlis Penutup
11.30-12.00tgh hari Sesi Fotografi
12.00 tgh hari Bersurai
BAGAIMANA MENDAFTAR?
Pendaftaran Peserta (13-25 tahun) bagi mendapatkan makanan - https://
No comments:
Post a Comment