Monday, December 13, 2010

Kelebihan jihad dan mati syahid di jalan Allah

http://zadud-duat.blogspot.com/
 Oleh: Syikh Hijazi Ibrahim Tsarya

Segala puji hanya bagi Allah Tuhan semesta alam. Jihad difardukan ke atas setiap muslim sebagai kefarduan yang wajib dan amat ditekankan, tiada alasan dan tidak boleh mengelakkan diri dari melaksanakannya. Allah telah menggalakkan jihad dengan sebesar-besar galakan. Firman Allah:

“Karena itu hendaklah orang-orang yang menukar kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat berperang di jalan Allah. barangsiapa yang berperang di jalan Allah, lalu gugur atau memperoleh kemenangan Maka kelak akan kami berikan kepadanya pahala yang besar”. (An-Nisa’: 74)

 Saya bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang menyempurnakan ganjaran para mujahidin dan syuhada’. Firman Allah:


“Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezki.  Mereka dalam keadaan gembira disebabkan karunia Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahwa tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.
(Ali Imran: 169-170)

  Saya bersaksi bahawa nabi Muhammad adalah hambaNya dan rasulNya, yang dipilih dari makhlukNya dan kekasihNya, yang menyampaikan risalah dan menunaikan amanah, dan berjihad di jalan Allah dengan sebenar-benar jihad sehingga tiba hari kemenangan, menggalakkan umat melaksanakan jihad supaya digolongkan antara orang yang syahid di sisi Allah.

Dari Qatadah yang berkata: Saya mendengar Anas bin Malik menyampaikan dari nabi saw yang bersabda:“Tiada seorangpun yang dapat memasuki syurga melainkan ia suka dikembalikan ke dunia. Baginya tiada satupun yang bermakna di muka bumi selain dari mati syahid. Oleh kerana itu ia mengharapkan dapat kembali ke dunia supaya ia dibunuh sepuluh kali setelah mengetahui kemuliaan (mati syahid)”. (Sahih Muslim No. 4976) 

Selawat dan salam ke atas junjungan kita Muhammad penghulu para mujahidin, imam para muttaqin, keluarga dan para sahabatnya, seterusnya orang yang berjihad di jalan Allah sehingga hari Kiamat. Adapun selepasnya:

 Justeru, saya berpesan kepada kalian dan diri saya sendiri sebagai hamba Allah, marilah bertakwa kepada Allah dan mentaati perintahNya. Firman Allah:

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam”. (Ali Imran: 102)

Saya mengingatkan kalian dan diri saya sendiri daripada perbuatan maksiat dan perkara yang bertentangan dengan perintahNya. Firman Allah:

“Barangsiapa yang mengerjakan amal yang saleh Maka (pahalanya) untuk dirinya sendiri dan barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, Maka (dosanya) untuk dirinya sendiri; dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hambaNya”. (Fussilat: 46)


 Wahai muslimin,

Sesungguhnya jihad di jalan Allah adalah satu kefarduan masa lalu sehingga hari Kiamat. Tidak sempurna pengakuan seorang muslim yang beriman bahawa Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan nabi Muhammad sebagai nabi dan rasul melainkan mengikat satu baiah bersama Allah untuk melaksanakan jihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa raga. Ini adalah “akad” (ikatan janji) yang disebut dalam tiga Kitab. Firman Allah:


“Sesungguhnya Allah Telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu Telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang Telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar. (At-Taubah: 111)


Berapa ramai yang berkata: “Tiada Tuhan melainkan Allah”, tetapi Allah telah menentukan ciri-ciri para mukminin yang Allah hulurkan “TanganNya” kepada mereka untuk menyempurnakan akad jual beli (perniagaan) di dalam ayat berikutnya. Firman Allah:

“Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang melawat, yang ruku', yang sujud, yang menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah berbuat munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu”.
(At-Taubah: 112)

Orang yang menghiasi diri dengan ciri-ciri tersebut dan mempamerkan akhlak dengan nilai tersebut, maka ia telah menghulurkan kepada Tuhannya dengan tangan yang suci, hati yang bersih dan keinginan yang tulus bagi mengharapkan syurga. Manakala orang-orang yang mengabaikan ciri-ciri tersebut dan melampau batas dari yang diizinkan kepada dirinya dengan melakukan perbuatan maksiat, malas melakukan ketaatan dan amal soleh, maka tiada jalan untuk mereka ke syurga melainkan membersihkan diri daripada dosa dan noda, menghiasi diri dengan sifat-sifat yang disebut dalam ayat di atas, sehingga ia berkalayakan untuk meletakkan tangan mereka pada “Tangan” Allah dan mengadakan akad bersama Allah untuk perniagaan yang menguntungkan ini.

Orang yang berjihad di jalan Allah baginya ganjaran seperti orang berpuasa yang tidak berbuka dan orang yang bangun malam untuk beribadah tanpa putus.

Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Dikatakan kepada nabi saw: apakah yang menyamai pahala jihad pada jalan Allah? Nabi menjawab: “Kamu tidak mampu (mengetahuinya)”. Berkata lagi dengan soalan yang sama dua kali atau tiga kali. Semuanya dijawab: “Kamu tidak mampu (mengetahuinya)”. Namun nabi menjawab kali ketiga: “Bandingan orang yang berjihad di jalan Allah, ialah seperti orang berpuasa dan bangun malam yang khusyuk membaca ayat Allah, tidak berbuka puasa dan tidak putus dari mendirikan solat malam, sehingga orang yang berjihad di jalan Allah itu kembali”. (Sahih Muslim: 4977)


 Wahai saudara yang dikasihi,
Islam telah menggariskan jalan kemuliaan kepada umat, iaitu dengan mengambil berat urusan jihad, ketenteraan dan sekelompok umat yang menghimpunkan semuanya di dalam satu barisan untuk mempertahankan kebenaran dengan semua kekuatan yang ada. Sama juga terdapat di dalam Islam dan ajarannya, ayat al-Quran dan hadith nabi, limpahan semua makna-makna ini, seruan dengan ayat yang lancar dan pendekatan yang terang untuk berjihad, berperang dan ketenteraan, memperkuatkan wasilah-wasilah pertahanan dan perjuangan dalam semua bentuknya, sama ada di darat, laut dan sebagainya. Hal ini jelas di dalam firman Allah:

“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu”. (Al-Anfal: 60)

Justeru, kekuatan adalah slogan Islam dalam semua system dan syariatnya. Nabi saw telah bersabda:

“Seorang mukmin yang kuat lebih baik dari seorang mukmin yang lemah”.

Bahkan kekuatan adalah slogan Islam sehingga di dalam doa yang merupakan bentuk khusyuk dan ketenangan. Dengarlah apa yang Nabi saw doakan untuk dirinya dan mengajarkan para sahabatnya serta bermunajat kepada Tuhannya:

“Ya Allah, aku berlindung dariMu dari sifat keluh kesah dan dukacita, aku berlindung dariMu dari sifat lemah dan malas, aku berlindung dariMu dari sifat pengecut dan bakhil, aku berlindung dariMu dari belenggu hutang dan kekejaman manusia”.

 Lihatlah, di dalam doa-doa ini bahawa nabi saw berlindung dengan Allah dari semua bentuk  kelemahan; kelemahan kemahuan kerana kedukaan dan keluh kesah, kelemahan produktiviti kerana tidak berdaya dan malas, kelemahan jiwa dan harta kerana pengecut dan bakhil, kelemahan kemuliaan dan ketinggian kerana hutang dan kekerasan.

Oleh itu, apakah yang kalian mahukan dari orang yang mengikut agama ini? Tidak lain mereka memiliki kekuatan dalam semua perkara kerana slogannya ialah kekuatan dalam semua perkara.

Ketahuilah wahai saudara yang dimuliakan,
Bahawa darjat kekuatan yang pertama ialah kekuatan akidah dan iman, kemudian diikuti kekuatan kesatuan dan ikatan, kemudian selepasnya kekuatan pengikut dan senjata. Seandainya ciri-ciri kekuatan telah dipenuhi maka wajiblah dikobarkan semangat untuk berjihad di jalan Allah. Firman Allah:


“Hai nabi, Kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. jika ada dua puluh orang yang sabar di antaramu, niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. dan jika ada seratus orang yang sabar di antaramu, niscaya mereka akan dapat mengalahkan seribu dari pada orang kafir, disebabkan orang-orang kafir itu kaum yang tidak mengerti”. (Al-Anfal: 65)


"Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. dan Allah beserta orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah: 249)

Di antara sebab kekuatan yang paling besar bagi menghadapi musuh ialah apabila berada di dalam barisan yang teratur seperti firman Allah:

“Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh”. (As-Soff: 4)

Begitu juga keteguhan hati, zikir dan tidak berbantah-bantah merupakan di antara factor kejayaan dan kemenangan yang paling besar. Firman Allah:

“Hai orang-orang yang beriman. apabila kamu memerangi pasukan (musuh), Maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya[620] agar kamu beruntung.Dan taatlah kepada Allah dan rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (Al-Anfal: 45-46)

Wahai muslimin,
Allah tidak akan sekali-kali memperbaiki keadaan umat ini melainkan ia sendiri memperbaikinya dahulu. Tidak akan tercapai pengislahan dan perubahan mereka melainkan melalui kemurnian iman mereka kepada Allah. Tidak akan tercapai kemuliaan dan kejayaan mereka melainkan dengan jihad, keinginan mereka kepada syahid di jalan Allah. Kenapa tidak, mereka menyakini apa yang disampaikan oleh Rasulullah saw tentang ganjaran orang yang syahid di sisi Allah.

Daripada al-Maqdam bin Ma’di yang begitu hampir sambil berkata: Rasulullah saw telah bersabda: “Bagi orang yang mati syahid di sisi Allah ada enam cabang: Diampunkan dosa baginya sekaligus di permulaan, dielakkan dari azab kubur, diberi ketenangan dari kegawatan terbesar (di Mahsyar), diletakkan mahkota di kepalanya yang diperbuat dari intan permata yang lebih baik dari dunia dan segala isinya, dikahwinkan dengan 72 orang isteri yang putih melepak  dan dibolehkan memberi syafaat kepada 70 orang kaum kerabatnya”. (Tirmizi dan Ibn Majah)


Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda: “Demi jiwaku yang berada di tanganNya. Tidak seorangpun yang berjihad di jalan Allah yang dikeji. Allah mengetahui siapa yang berjihad di jalanNya yang diperkatakan, kecuali ia dating pada hari Kiamat dalam keadaan warna darah dan berbau dengan bauan kesturi”. (Bukhari dan Muslim)

Orang yang mati syahid akan di tempatkan di syurga yang tertinggi dan diberikan nikmat duduk berdekatan dengan Allah.

Daripada Anas bin Malik bahawa Ummu Rabi’ binti al-barra’, iaitu ibu Harith bin Suraqah dating menemui nabi saw. Lalu berkata: Wahai nabi Allah, bolehkah tuan bercakap tentang Harith. Beliau telah terbunuh di dalam Perang Badar akibat terkena panah yang tidak diketahui. Sekiranya beliau telah berada disyurga, maka aku sedia bersabar. Tetapi jika sebaliknya, aku akan berusaha untuknya dalam tangisan”. Lalu nabi saw bersabda: “Wahai ibu Harith, beliau kini tinggal dalam salah satu syurga. Bahkan anakmu kini dikurniakan syurga Firdaus yang tertinggi”. (Sahih Bukhari: 2809)

Wahai muslimin,
Rasulullah memberitahu kita bahawa orang yang dibenarkan menarik diri dari terlibat dalam peperangan hanyalah orang yang lemah dan tidak berupa untuk pergi berjihad. Selain itu tidak tidak dibenarkan sama sekali.

Daripada Said bin Musayyab bahawa Abu Hurairah r.a berkata: Aku mendengar nabi saw bersabda: “Demi jiwaku di tanganNya. Hendaklah lelaki dari para mukminin tidak tertinggal dariku dan tidak terdapat sebarang kesulitan untuk pergi berjihad. Aku tidak  pernah tertinggal dari menyertai sariyyah yang berperang pada jalan Allah. Demi jiwaku di tanganNya, aku suka jika dibunuh pada jalan Allah kemudian hidup, kemudian aku dibunuh kemudian hidup, kemudian dibunuh kemudian hidup, kemudian dibunuh”.  (Bukhari: 2797)


Terjemahan dari http://www.ikhwanonline.com/

Diterjemahkan oleh:

Ustaz Suhaimi Jairi
Setiausaha IKRAM Pontian

"Ukhuwah Teras Kegemilangan"


Lebah Madu dan Keindahan Reka Bentuk Sarangnya

Lebah menghasilkan madu yang melebihi daripada keperluannya dan menyimpannya di dalam sarang. Bentuk heksagon sarang lebah ini telah amat dikenali oleh semua orang. Pernahkah kamu terfikir, mengapa lebah membina sarang berbentuk heksagon bukannya oktagon, atau pun pentagon?



Ahli matematik yang mencari jawapan kepada persoalan ini telah mencapai satu konklusi menarik: "Heksagon adalah sebuah bentuk geometri yang paling sesuai untuk kegunaan maksimum sesuatu kawasan".Sebuah sel heksagon memerlukan jumlah yang paling minimum untuk pembinaannya serta memuatkan jumlah madu yang maksimum. Oleh itu, lebah menggunakan bentuk yang paling sesuai.



Cara yang digunakan untuk membina sarang lebah ini juga amat menakjubkan: lebah-lebah ini memulakan pembinaan sarangnya daripada dua-tiga tempat yang berbeza dan menganyam sarang ini serentak di dalam dua-tiga pintalan. Walau pun, mereka memulakan pembinaan di tempat-tempat yang berbeza, lebah-lebah ini, yang terdiri daripada jumlah yang besar, membina heksagon yang ideal dan kemudian menyulam sarang lebah ini dengan menggabungkannya dan bertemu di tengah.


Titik sambungan heksagon disambung dengan begitu baik hinggakan tidak terdapat sebarang tanda yang menunjukkan ia telah disambungkan. Berhadapan dengan hasil yang menakjubkan ini, kita terpaksa mengakui kewujudan satu kehendak penguasa tertinggi yang memerintahkan makhluk-makhluk ini. Para evolusionis cuba menjelaskan hasil ini dengan konsep "naluri" dan cuba memperkenalkannya sebagai satu sifat lebah.

Bagaimana pun, sekiranya terdapat naluri dalam pekerjaan, dan sekiranya ia meliputi seluruh lebah dan menyebabkan mereka dapat bekerja dengan harmoni walau pun tanpa perlu berinteraksi antara satu sama lain, maka ini menunjukkan terdapatnya Kebijaksanaan Agung yang memerintah semua makhluk-makhluk kecil ini.

Jelasnya, Allah, pencipta kepada semua makhluk-makhluk kecil ini, telah memberikan mereka "inspirasi" terhadap apa yang mereka lakukan. Kenyataan ini telah dijelaskan di dalam al-Quran empat belas kurun yang lalu:

 


Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. 
(Surah An-Nahl: 68-69)

Sains Solat Awal Waktu


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.


Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulangkali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini  kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warnapada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistemreproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini(solat Maghrib) kerana banyak interferens (pembelauan)berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Waktu inilah fenomena buta ayam terjadi. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnyam memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteramandan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalanotak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya,inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidurdelta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepastengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam inidan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. 

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.



p/s:tulisan ini cuba memberi penjelasan logik berkaitan kewajipan manusia menunaikan solat dan kenapa ditekankan solat itu dikerjakan pada awal waktu. Generasi dan umat manusia pada saat ini sedang berada pada era ilmu pengetahuan dan teknologi. Semua perlu dijelaskan dan dibuktikan. Akhirnya apa yang disampaikan semata-mata bagi menebalkan lagi keimanan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Allah menerangkan dalam surah Fussilat ayat 53 yang bermaksud; 
" Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) kami di setiap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka Quran itu benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?"