Monday, January 9, 2012

Maksud sebenarnya disebalik, stiker drive thru McDonald


Anda bangga bila letakkan stiker ini di kereta? Stiker ini samalah seperti kata-kata ,
"Saya bangga sebagai penyumbang kepada Yahudi. Satu burger, satu peluru untuk Palestin".


Ikhwan Muslimin tidak menerima Perjanjian Camp David 1979



Ikhwan Muslimin tidak dapat menerima Perjanjian Camp David yang ditanda tangani oleh Mesir dan Israel pada tahun 1979. Ini adalah kerana perjanjian tersebut dilakukan oleh sebuah kerajaan yang tidak dipilih secara demokratik oleh rakyat Mesir. 

Meskipun perjanjian itu kononnya mengembalikan Semenanjung Sinai dari pendudukan Israel kepada negara Mesir, namun penyerahan tersebut adalah satu bentuk penipuan. Bagaimana Sinai didakwa telah dikembalikan kepada Mesir, sedangkan hakikatnya pasukan keselamatan Mesir tidak dibenarkan berada pada sebahagian besar dari wilayah Sinai. 

Mesir tidak mempunyai sebarang kedaulatan ke atas wilayah Sinai sehingga ia menjadi tempat membiaknya pelbagai aktiviti jenayah, pengedaran dadah, kerja-kerja sabotaj, serangan ke atas paip gas dan juga tempat-tempat peranginan. Hakikatnya Sinai digunakan oleh israel untuk menjamin kelansungan regim zionis dan meneruskan agenda pendudukan serta pembantaian kolektif ke atas penduduk Palestin khususnya di Gaza.

Walaubagaimanpun ikhwan tidak akan terburu-buru dalam membuat tindakan yang bolih mengundang reaksi tidak dijangka dari entiti Zionis dan AS sebagai pelindungnya, sambil menegaskan Mesir akan tetap memenuhi tanggungjawab antarabangsanya. Walaubagaimanapun rakyat Mesir berhak memutuskan pendirian mereka terhadap perjanjian Camp David yang terang-terangan mencabul kedaulatan Mesir dan memihak secara menyolok kepada Israel. Perjanjian berat sebelah itu mustahil dapat dipertahankan apabila sebuah kerajaan baru pilihan rakyat terbentuk di Mesir. 

Pungutan suara dalam hal ini pastinya akan memihak kepada usaha untuk merundingkan semula perjanjian Camp David kalau tidak memansuhkannya terus. Asasnya sebagaimana yang diulas oleh Khaled Amayreh dari Palestine Info Centre, Camp David 1979 bukanlah satu perjanjian damai sebaliknya satu penyerahan dan ketundukan kepada kebiadapan zionis, kebongkakan atas kekuatan ketenteraan yang dimiliki Israel.

Sumber: PIC dgn ulasan dari Pengerusi Aqsa Syarif

Persamaan Kedua-dua Tapak Kaabah dan Kawasan Masjid al-Aqsa



Lagi fakta ttg Masjid al-Aqsa.

Kedua-dua tapak Kaabah dan kawasan masjid al-Aqsa yang disempadani oleh tembok mempunyai dimensi yang sama.

Kedua-duanya adalah berbentuk segi empat tempat yang tidak sekata (irregular rectangle) Ke empat-empat segi empat ini bukan bersudut tepat (<> sedikit dari 90 darjah). Kaabah yang asal menganjur sehingga ke hijir Ismail (ini bermakna bangunan kaabah yang asal lebih panjang dari yang ada pada hari ini).

Apabila kedua-dua tapak masjid ini ditindan (superimposed) dimensi keduanya adalah sama (pada ke empat-empat sudut tersebut). Ini bererti Masjid al-Aqsa adalah dimodelkan pada Kaabah tetapi pada nisbah ukuran panjang dan lebar yang lebih besar (greater proportion).

Maha Suci Allah.. Pemelihara Tanah Suci Yang Tiga.

Sumber:Thesis PhD - 'The Architectural Development of Al-Aqsa mosque in Islamic Jerusalem in the Early Islamic Period: Sacred Architecture in the Shape of ‘’The Holy‘’, Strathclyde University (2002)' oleh Haithem Fathi Al-Ratrout

Anwar tidak bersalah dan dibebaskan



dr parid
Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

9 Januari 2012 bersamaan 14 Safar 1433
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah memutuskan Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dalam tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah telah mengarahkan Anwar Ibrahim dibebas dan dilepaskan. Kes tersebut bagaimanapun boleh dirayu di Mahkamah Persekutuan.

IKRAM berharap keputusan mahkamah ini adalah satu petanda positif kepada pemulihan integriti sistem kehakiman negara yang melaksanakan amanahnya sebagai institusi yang adil, bebas dan berintegriti dalam menangani semua kes mahkamah sama ada yang berprofil tinggi atau biasa.

IKRAM percaya hanya dengan sikap demikian kepercayaan rakyat terhadap sistem kehakiman akan dapat dipulihkan.
IKRAM mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan keluarga.
IKRAM juga mengucapkan tahniah kepada pihak polis dan penganjur Perhimpunan 901 yang bekerjasama memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta sepanjang perhimpunan.

Dr. Mohd Parid Sheikh Haji Ahmad 
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)