Tuesday, December 27, 2011

Sikap rasis melampau penyangak pendatang Yahudi meloyakan dan menjijikkan


Sekumpulan penyangak pendatang Yahudi (settlers) dengan dilindungi oleh polis zionis israel telah mencemarkan perkarangan Masjid al-Aqsa pada hari Isnin 26 Disember 2011. Rabbi-rabbi rasis telah menyeru pendatang haram yahudi supaya memasuki Masjid al-Aqsa pada hari Hanukkah untuk melaksanakan doktrin yang terkandung dalam kitab Talmud dan berdansa selama beberapa hari. Pada malam Isnin, ratusan pendatang haram telah berarak di jalan-jalan di Baitul maqdis dan melaungkan slogan-slogan berbaur rasis terhadap rakyat Palestin, memukul gendang dan membuat bising untuk mengganggu ketenteraman. Mereka bahkan membuat seruan agar penduduk Palestin dibunuh atau diusir dari tanah air mereka.

Ulasan Aqsa Syarif: Dasar rasis zionis Yahudi memang jelas tidak mungkin dapat dimungkiri. Mereka sendiri yang mempamerkan sikap rasis melampau mereka kepada dunia. Tetapi apabila ada sahaja kritikan terhadap polisi Israel oleh sesiapa sahaja maka lantas kritikan itu dilabel sebagai 'anti semitik'. Inilah tahap ketuanan bangsa Yahudi yang meloya dan menjijikkan.


No comments:

Post a Comment