Saturday, October 29, 2011

Brownies T*** A*****

Dua orang remaja meminta kebenaran ayahnya untuk pergi menonton filem yang sudah ditonton oleh semua rakan-rakan mereka. Namun selepas membaca sedikit review filem itu di internet, ayah mereka menolak permintaan mereka.

“Ah ayah, kenapa tak boleh?” gusar si adik. “Ia dilabel 18-SX, tapi kami berdua dah pun lebih dari 18 tahun!”




Ayahnya membalas, “Ini kerana filem itu terdapat aksi-aksi yang tidak bermoral dan tidak patut ditonton oleh masyarakat umum.”

“Tapi ayah, itu cuma sebahagian kecil daripada filem itu! Kawan-kawan kami cakap, filem itu ada 2 jam, tapi aksi-aksi itu hanya beberapa minit saja! Filem ini ada banyak pengajaran yang lebih besar, seperti kemenangan kebaikan di atas kejahatan, pengorbanan, dan keberanian. Review di laman web filem juga ada mengatakan demikian!”

“Jawapan ayah ialah “tidak” dan ini adalah muktamad. Kamu boleh ajak kawan-kawan kamu datang ke rumah malam ini dan menonton video-video yang ada dalam koleksi video keluarga kita. Tapi kamu tidak boleh pergi menonton filem itu. End of discussion.”


Kedua-dua anak itu berjalan dengan muka masam mencuka ke ruang tamu dan duduk di atas sofa. Sambil membayangkan wajah pelakon filem yang tidak akan mereka tonton, mereka terdengar bunyi dari dapur; seperti bunyi ayah mereka menyediakan sesuatu. Tidak lama kemudian mereka mengecam bau aroma brownies sedang dimasak di dalam oven, dan si abang berkata kepada adiknya,


“Ayah mesti rasa bersalah, dan sekarang dia hendak mengambil hati kita dengan brownies tu. Mungkin kita boleh lembutkan hatinya dan memujuknya untuk benarkan kita pergi ke 
wayang menonton filem itu.”



Kedua-dua remaja itu tidak kecewa. Tidak lama kemudian, ayah mereka muncul dari dapur dengan satu pinggan brownies yang masih panas dari oven, dan memberinya kepada kedua orang anaknya. Kedua-dua mereka mengambil satu brownies.

Kemudian si ayah berkata, “Sebelum kamu semua makan, ayah nak cakap sesuatu. Ayah sayangkan kamu berdua.” Kedua-dua remaja itu saling berpandangan antara satu sama lain dengan senyuman penuh makna. “Ayah dah lembut hati,” bisik hati mereka.“Itulah sebabnya ayah membuat brownies  ini menggunakan bahan-bahan yang terbaik. Hampir kesemua bahan adalah organik; tepung organik yang terbaik, telur ayam Omega-3 gred A, gula organik yang terbaik, Vanilla Premium dan coklat yangpaling enak.”

Brownies itu kelihatan sungguh melazatkan, dan kedua remaja itu menjadi semakin tidak sabar lagi untuk merasai kesedapannya kerana ditangguhkan oleh ‘khutbah’ ayahnya yang semakin panjang.

“Tetapi ayah ingin berlaku jujur kepada kamu berdua. Ada satu bahan istimewa yang ayah letak dalam brownies itu yang tidak akan dijumpai oleh mana-mana brownies lain. Dan bahan itu ayah ambil dari belakang rumah kita. Tapi kamu jangan risau, ayah hanya letak sekelumit sahaja bahan itu ke dalam brownies kamu. Jumlahnya sangatlah sedikit. Jadi makanlah dan berikan pendapat kamu tentang resepi baru brownies ayah.”

“Ayah, boleh tak ayah bagitahu apa bahan misteri tu sebelum kami mula makan?” tanya si abang.

“Kenapa? Sikit je jumlah bahan tu yang ayah letak. Satu sudu je. Kamu tak akan boleh perasan pun rasanya.”

“Ala ayah.. bagitahu je la kat kami apa bahan tu” pinta si adik.

“Jangan risau! Bahan tu organik, sama seperti bahan-bahan lain juga”.

“Ayahh..” pinta kedua-dua beradik itu, serentak.

“Ok, kalau kamu bersungguh-sungguh nak tahu. Kandungan misteri itu ialah…. Tahi anjing!!”

Kedua-dua anak itu terus meletakkan kembali brownies itu ke dalam pinggan dan mengesat-ngesatkan tangan kanan mereka ke baju dengan penuh rasa menjijikkan.

“Ayah! Ayah tahu tak yang ayah dah seksa kami dengan bau brownies yang sedap tu selama setengah jam. Bila dah siap, ayah kata ayah letak tahi anjing dalam brownies tu. Kami mana boleh makan bende tu”.

“Kenapa tak boleh pula? Kandungan tahi tu sangat sedikit kalau dibandingkan dengan bahan-bahan lain. Takkan ada efek punya la.. Ia sudah pun dimasak bersama-sama bahan yang lain. Kamu takkan boleh perasan pun rasanya. Ia dah pun bersebati dengan bahan-bahan lain menjadi brownies. Jadi tunggu apa lagi, makanlah!”

“Tak ayah… kami tetap taknak makan!”





“Dan ini adalah sebab yang sama kenapa ayah tak benarkan kamu berdua pergi menonton filem tadi. Kamu tak boleh terima sedikit tahi anjing di dalam pinggan kamu, kenapa kamu boleh terima sedikit adegan tidak bermoral di dalam filem yang boleh mengotorkan hati kamu? Kita berdoa kepada Allah yang Dia akan menjaga kita dari mengikut hawa nafsu, tapi kenapa kita dengan akal fikiran yang waras boleh membenarkan diri kita menonton sesuatu yang boleh meninggalkan kesan kotor di dalam diri, fikiran dan hati kita dan terperangkap di dalam lubuk nafsu sesudah itu? Harap kamu berdua dapat pengajaran yang baik dari peristiwa ini”.

Allahu 'Alam.


Virus-virus Ukhuwwah


Seorang sahabat adalah manusia, dia itu dirimu, hanya saja ia adalah orang lain…

sekilas lalu,virus2 ukhuwah ini adalah seperti berikut:

1) tamak akan kenikmatan dunia(20:131)

“seseorang di antara kamu tidak beriman dengan sempurna kecuali setelah mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya.” (hadis Nabi)


2) lalai menjalankan ibadah dan melanggar tuntutan agama


tidaklah dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah berpisah, kecuali disebabkan oleh dosa yang dilakukan oleh salah seorang di antara keduanya.”(hadis Nabi)tidakkah kau tahu; kadang air itu busuk baunya walau warnanya tetap jernih"


hadis Nabi: ..agar mencintai seseorang, ia tidak mencintainya kecuali kerana Allah.


3) tidak santun dalam berbicara-suara tinggi/kata-kata kasar(31:19)


-tidak mendengar sarannya, enggan menatapnya ketika bicara atau mberi salam, tidak menghargai keberadaannya
-bergurau secara berlebihankelembutan adalah anugerah, ucapan paling baik adalah kejujuran
sedang bergurau secara berlebihan merupakan kunci segala permusuhan

-sering mendebat dan membantah


“sesungguhnya orang yang paling dibenci Allah adalah orang yang sangat keras kepala dan selalu membantah.” (hadis nabi)


-kritikan keras yang melukai perasaan

4) sikap acuh(59:9)

…rindu, kedekatan, dan kehangatan perasaan adalah ibarat bahan bakar yang menyalakan ukhuwah abadi, menambah gelora semangat, dan meringankan segala beban yang ditanggung….

aku hairan, mengapa selalu merindukan mereka
menanyakan keadaannya kepada setiap orang yang ku temui
padahal mereka di sini bersamaku
mataku mencari mereka ke sana kemari
padahal mereka ada di dekat pelupuknya
hatiku bergejolak merindukan mereka
padahal mereka ada di antara tulang rusukku

sekalipun wajahku tak dapat menatapmu lagi
namun cinta dan ukhuwah tidak akan pernah sirna
aku tidak akan berhenti memujimu
dari kejauhan, bersama untaian doa
jiwaku akan selalu merindukanmu
bersua bersama penuh ketulusan dan cinta

jiwaku adalah jiwaku,jiwaku adalah jiwanya
hasratnya adalah hasratku, hasratku adalah hasratnya


5) mengadakan perbicaraan rahsia (58:10)

“jika kamu bertiga, maka janganlah dua di antara kamu membuat perbicaraan rahsia tanpa melibatkan yg lain, kerana perbuatan itu dapat membuatnya sedih.”(hadis Nabi)

6) keras kepala, enggan menerima nasihat dan saran


“cukuplah seseorang dinyatakan buruk, jika ia mengejek saudaranya sesama Muslim.”( hadis Nabi)

7) sering membantah, berbeza sikap dan hobi, bersikap sombong dan kasar

“ruh ruh itu bagaikan bala tentera, jika mereka saling kenal, maka akan bersatu. Namun jika tidak saling kenal, maka akan berselisih.” (hadis Nabi)

8) memberi teguran di depan orang lain

…penyebab cepat pudarnya rasa cinta dan mudah menanam bibit-bibit permusuhan…

9) sering menegur, tidak toleran, cenderung negative thinking, enggan memaafkan

terimalah sahabatmu dengan segala kekurangannya
sebagaimana kebaikan mesti diterima walau kecil wujudnya
terimalah sahabatmu kerana jika ia menyakiti
lain kali ia membahagiakansiapa mencari sahabat tanpa cacat, nescaya sepanjang hidupnya tidak mendapat sahabat

“seorang suami yang Mukmin tidak akan memarahi isterinya yang Mukminah, apabila ia tidak suka terhadap sebagian perangai isterinya, maka ia akan menyukai perangainya yang lain.”(hadis Nabi)
jika tak menegur bererti tiada cinta
cinta tetap bertahan selama ada teguran*

banyak yang tinggal jauh namun ia dekat dihati
banyak orang yang tinggal berdekatan namun hatimu tak mampu menyukai
apalah erti jauh dan dekat melainkan hanya permasalahan nurani


10) mudah percaya terhadap orang yang-orang yang mengadu domba dan memendam dengki

…orang2 yang dipertemukan oleh Allah dalam sebuah jalinan ukhuwah harus yakin bahawa satu sama lainnya saling mencintai dengan penuh ketulusan yang muncul dari nurani yang paling dalam. Hubungan yang telus seperti itu tidak mungkin dapat tersentuh oleh tangan tangan dengki, apalagi sampai dapat dihancurkan…(8:63)

11) membuka rahsia

…jadikanlah semua yang anda ketahui tentang dirinya sebagai amanat yang tidak boleh dibuka kecuali jika ia mengizinkan…

12) mengikuti prasangka(49:12)

orang Mukmin selalu mencari alasan agar boleh memaafkan, sementara orang munafik selalu mencari cari kesalahan.

13) mencampuri masalah peribadi

“diantara tanda kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan hal-hal yang tidak berguna baginya.” (hadis Nabi)
14) egois, sombong, tidak empati… 


“siapa yang mencukupi keperluan saudaranya, nescaya Allah mencukupi keperluannya. Siapa yang menolong seorang Mukmin dari suatu kesusahan, nescaya Allah akan menolongnya dari salah satu kesusahan pada hari kiamat. Siapa yang menutupi aib seorang Muslim, nescaya Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat.” (hadis Nabi)



setiap sahabat selalu dekat dikala senang namun sahabat sejati adalah yang tetap menemani ketika penderitaan menimpa 

15) menutup diri, berlebihan, membebani, dan menghitung hitung kebaikannya kepadamu

carilah sahabat yang akan kau beri ketulusan dan hak hak ukhuwah, bukannya yang kau harapkan menerima sesuatu darinya

16) enggan mengungkapkan perasaan cinta,…

“jika seseorang mencintai saudaranya, maka kabarkanlah bahawa ia mencintainya.”(hadis Nabi) 


17) melupakannya kerana sibuk mengurusi orang lain dan kurang setia

orang yang tidak boleh membuktikan cintanya kepada sahabat lama tidak akan mampu membangun cinta dengan sahabat baru

18) suka menonjolkan kelebihan peribadi,…

jika seorang daie mendermakan dakwahnya hanya untuk Allah semata, bukan untuk kepentingan peribadi, masalah2 biasa tidak akan berubah menjadi problema besar atau malapetaka…

19) mengingkari janji dan kesepakatan tanpa alasan yang kuat


“tanda tanda munafik ada tiga; jika berkata ia berdusta, jika berjanji ia mengingkari, dan jika dipercaya, ia berkhianat.”(hadis Nabi)

20) selalu menceritakan perkara yang membangkitkan kesedihannya dan suka menyampaikan berita yang membuatnya resah.

21) terlalu cinta


“cintailah kekasihmu sesederhana mungkin, siapa tahu ia menjadi musuhmu pada suatu saat nanti. Dan bencilah musuhmu sesederhana mungkin, siapa tahu ia menjadi sahabat dekatmu pada suatu saat nanti.”(hadis Nabi) 


insya Allah, seizinnya..mari reflek diri..kerana sesungguhnya, tahap terendah adalah untuk berlapang dada sesama kita..n tingkat tertinggi pula, adalah untuk melebihkan mereka, lebih dari diri kita sendiri…

Jln dakwah ini jauh & pjg, kita takkan mampu laluinya dgn ukhuwwah yg keruh dan hati yg berat di antara kita. We are all humans and of course, takkan pernah terlepas drpd melakukn kesalahan. Disebabkn matlamat dan tujuan akhir kite terlalu besar & agung, sudah pasti kita mampu membuangkn yg keruh dan ambil yg jernih dlm ukhuwwah ini. I know its not easy, but iAllah dgn solat2 kite, bacaan Quran kite, zikir munajat dan ibadah2 kite yg lain, Allah akn izinkn, mudahkn dan bimbing diri kite..iAllah, yakin...



Ana sgt2 sayangkn antunna Lillahi Taala...Tiada ape yg lebih best selepas nikmat Iman & Islam melainkn nikmat ukhuwwah krn Allah SWT ni. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah....Pls remind me bile ana lupa & lalai. nak masuk syurga sam2 ngan antunna..huhu

Wassalam




>>sharing daripada buku "Virus-virus Ukhuwah" oleh seorang ukhti. jazakillah khair akak... Sharing Is Caring (^____^) 
>> Sesungguhnya potensi ruhiyah, sentuhan rasa, kecintaan kpd kebaikan, serta perasaan yg lembut tidak akn muncul  hanya sekadar perintah dan peringatan. Yang dapt membangkitkannya adalh dgn sentuhan2 hati yg penuh kasih sayang dan kerinduan yg sgt dlm thdp psgn seakidahnya yg melekat dihati.(Abbas As-Siisiy)



Denmark: Students Visit London To Learn About Islam


Via Favrskov Posten 12 (Danish, h/t Snaphanen):

28 students from the 8th and 9th grades of the Regnbueskolen high-school in the Aarhus suburb of Hammel visited the London Central Mosque as part of their London trip.

"It was a great experience! It was experiencing the religion from within, gave us insight into Islam in a totally different way than we had imagined. We think everybody should try it, especially those who are repulsed by other religions, since it was an experience we'll never forget. To visit the mosque made us understand that people can easily live side by side while respecting each other, but without the same faith and beliefs," write two of the students, Kristine Frandsen and Alma Fjeldsted.

The visit was organized in advance, and an imam awaited at the mosque's entrance when the school arrived. Half the students were girls, and they wore headscarves out of respect for Islam. The students took their shoes off and were then brought into the prayer hall where they were impressed by the serenity. Here the imam, proud, calm, and with a sense of humor, enthusiastically told the students about Islam, and answered questions that poked at the belief, in a positive way.

The students then visited the mosque's museum, where they were shown the similarities between Christianity and Islam. In the museum the imam offered the girls and female teachers to visit the ladies balcony. A friendly young Muslim woman then showed up to answer their questions on gender equality, Denmark's headscarf debate, and the conditions, marriage and dress of Muslim women.

"Men aren't better off then women, but we all have different roles in society. Women are responsible for teaching their children and making food, while men are responsible for honorably providing for their family. I wear a headscarf of my own free will, not because I'm forced to. I don't have a right to decide who are real Muslims and who aren't, but I think it's disrespectful and see no reason to show off my body in tight pants and low-cut shirts."

Islam Agama yang Paling Cepat Berkembang Selepas Peristiwa 9/11

Islam Agama Pilihan


        Peristiwa 9/11 dan gerakan Islamfobia telah menggasak pemikiran masyarakat Barat untuk membenci Islam. Tetapi tiada sesiapa menduga, gerakan jahat itu telah membawa hikmah lain iaitu masyarakat  Barat mula berminat untuk mengetahui Islam dengan lebih mendalam.

ALLAH berfirman dalam al-Quran, Surah Ali-Imran ayat 54
"Dan mereka merancang, Allah juga merancang, dan Allah sebaik-baik perancang"

         Setelah mereka melihat dan mengkaji, ternyata Islam dilihat sebagai alternatif kepada kehidupan mereka sendiri yang terhakis nilai moral dan agama sedangkan Islam menawarkan sistem hidup yang menyeluruh.

        Majalah Time dalam laporan khasnya beberapa tahun lalu mendapati, beratus-ratus masjid dibina di negara-negara Barat.  Malah dikatakan jumlah masjid kini sudah mengatasi jumlah gereja di selatan Perancis. Penghuni di kota-kota besar di Barat sudah tidak berasa janggal dengan suara azan yang berkumandang 5 kali sehari.

          Sebagai perbandingan , pada 1963 hanya terdapat 13 buah masjid di Britain, tapi kini bilangannya meningkat kepada 600 buah. Malahan terdapat 1400 organisasi Islam beroperasi di sana. Di Perancis pula, jumlah penganut Islam pada 1999 ialah 3.7 juta orang, tetapi meningkat mendadak kepada 7 juta orang pada 2007. Kini terdapat 1300 buah masjid dan pusat Islam di negara tersebut. Selain itu terdapat 600 pertubuhan Islam  yang bergerak aktif untuk mengembangkan Islam. Bagi menangani gerakan Islamofobia pula, umat Islam di Perancis telah mewujudkan stesen radio mereka yang beroperasi 24 jam sehari.

          Sementara itu, dianggarkan terdapat sejuta orang penganut Islam di Itali dengan 450 buah masjid dan pusat Islam. Situasi di Jerman juga kian menarik. Kini terdapat sekitar 4.3 juta Muslim di negara itu, selain 1400 buah masjid dan pusat Islam. Ia meliputi 4% daripada keseluruhan rakyat negara berkenaan. Jumlah penganut Islam di Belanda pula ialah hampir sejuta orang, kira-kira 5% daripada penduduknya. Manakala di Sweden, 400 000 (4.5%).

         Rantau yang paling banyak memeluk Islam ialah bahagian timur laut Eropah yang merangkumi Belarus, Estonia, Latvia, Lithuania, Poland, Rusia dan Ukraine. Di rantau itu, terdapat sekitar 22.8 juta penganut Islam. Paling ramai adalah di Rusia iaitu 22.2 juta orang.



       Di AS pula, selepas tragedi 9/11 telah menyebabkan penduduknya semakin ingin tahu mengenai apa itu Islam. Tanpa diduga, gabungan antara rasa benci dan rasa ingin tahu telah menyebabkan jumlah penduduk negara berkenaan yang meninggalkan agama asal dan memeluk Islam meningkat dengan mendadak. Sehingga kini, tiada angka tepat mengenai jumlah penduduk Islam di AS. Bagaimanapun, secara umumnya kini dianggarkan terdapat lebih 6 juta penganut Islam di negara tersebut berbanding keseluruhan populasi AS seramai 310 juta orang. Majlis Perhubungan Amerika-Islam pula meletakkan angka 7 juta orang.

         Dalam satu kajian pada 2007, 23% daripada keseluruhan penduduk Islam AS adalah saudara baru. Dengan sejumlah 6-7 juta orang ini, ia menjadikan penganut Islam adalah kedua teramai selepas Kristian. Kini dikatakan sekitar 135 000 orang memeluk Islam setiap tahun di AS.

      Selain AS, jumlah penganut Islam juga meningkat dengan pastas di seluruh dunia. Antara lain, ia berlaku akibat kadar kelahiran yang tinggi dan jumlah penganut baru yang lebih tinggi berbanding agama lain. Berdasarkan faktor-faktor ini, banyak pihak mengatakan Islam adalah agama yang paling pantas berkembang di dunia ini. 

         Kajian yang dilakukan oleh Houssain Kettani dari Polytechnic University of Puerto Rico, AS dan dibentangkan pada Persidangan Antarabangsa Seni dan Kemanusiaan di Hawaii pada Januari 2010 pula mencatatkan bahawa jumlah keseluruhan penganut Islam di dunia penganut Islam di dunia pada tahun 2010 adalah sekitar 1.7 bilion orang.

    Kajian beliau 2010 World Muslim Population boleh diperoleh dari http://www.pupr.edu/hkettani/papers/HICAH2010.pdf 
dan World Muslim Population 1950-2020 diperoleh dari http://www.pupr.edu/hkettani/papers/WMP.pdf

      Dianggarkan jika trend ini berterusan, pada tahun 2020 kelak seorang daripada 4 penduduk dunia beragama Islam. Manakala pada 2075, nisbah ini berubah menjadi 1:3.



Tokoh Terkenal Memilih Islam

      Dewasa ini semakin ramai tokoh terkenal dunia yang memeluk Islam. Mereka merupakan bintang-bintang dalam pelbagai bidang termasuk sukan, hiburan, akademik, kewartawanan, sains, astronomi, fizik, kimia, kejuruteraan, ahli perniagaan, perubadan termasuklah pakar teologi kristian dan paderi. Islam juga turut menjadi pilihan mereka yang asalnya ateis, angkuh dengan fahaman evolusi dan hukum alam.

       Antara mereka yang memeluk Islam adalah;
  • Daniel Streich (ahli politik dari parti Swiss People Party di Switzerland)
  • Jimmy Akesson (Parti Demokrat Sweden)
  • Geert Wilders (ahli parlimen ultra kanan di Belanda)
  • Lauren Booth (adik ipar bekas PM Britain, Tony Blair)
  • Cat Stevens (penyanyi yang menukar namanya kepada Yusuf Islam) 
  • Chris Eubank (penyanyi)
  • Alexander Litvinenko (perisik Rusia)
  • Danny Willians (petinju)
  • Richard Thompsom (pemuzik)
  • Yvonne Ridley (wartawan)
  • Edward Blair (peguam)
  • Timmothy Winter (sarjana)
  • Kristiane Barker (wartawan penyiaran)
  • Nicole Queen (jurugamar/pengacara tv)
  • Camilla Leyland (guru yoga)
  • Akhenaton (penyanyi rap Perancis)
  • Maurice Bejart (koreograpfer Perancis)
  • Knud Holmboe (wartawan Denmark)
  • Torquato Cadilli & Mario Scialoja (diplomat Itali)
  • Knut Berstrom (diplomat Switzerland)
  • Titus Burckhardt (penulis Switzerland)
  • Pierre Vogel (petinju profesional Jerman)
  • Frank Ribbery, Eric Abidal, Nicholas Anelka, Thierry Henry & Frederick Kanoute (pemain bola sepak Perancis)
  • Diam's (penyanyi rap wanita Perancis)
  • Jermain Jackson (abang Michael Jackson)
  • Mike Tyson (bekas juara tinju)
  • Chris Jackson (Mahmoud Abdul Rauf), Kareem Abdul Jabbar (Lew Alcidor) - (bekas pemain bola keranjang NBA)
  • Dave Chapelle (pelawaK dan bintang tv AS)
  • Syeikh Hamza Yusof Hanson (sarjana teologi)
  • Mos Def, Bizzy Bone, Akon, Loon, Oshea Jackson, Mc Ren, Everlast (semuanya penyanyi rap AS)
  • Art Blakey (pemuzik AS)
  • Bernard Hopkins (peninju AS)
  • John Whitehead (penyani, penulis lagu dan produser)
  • Robert D. Crane (salah seorang penasihat Presiden Richard Nixon)
  • Thomas J. Abercrombie (jurugambar veteran National Geographic)
  • Bruno Metsu (Perancis-bekas jurulatih bola sepak Senegal pada 2002 FIFA World)
  • Phillipe Troussier (Perancis-jurulatih kebangsaan Jepun)
  • Christian Gonzalez (pemain bola sepak Uruguay)
  • AR. Rahman (pemuzik terkenal India)
  • Yusuf Estes (bekas paderi di Texas yang mengIslamkan lebih 500 paderi)
  • Melech Yacov (bekas penganut Yahudi ultra ortodoks)
  • Shive Prasad (ketua parti politik Bajrang Dal & ketua penceroboh meruntuhkan Masjid Babri, India 1992)
  • Abel Xavier (pemain bola sepak profesional Portugis)
  • Danilo Fernando (pemain bola sepak Brazil)
  • Dawud Wharnsby-Ali (penyair Kanada)
  • Idi Amin (pemerintah tentera & presiden Uganda 1971-1979)
      Benarlah, apabila cahaya hidayah sudah menyinari hati, apabila kebenaran mencuit minda dan cinta Ilahi itu telah menyentuh jiwa, tiada apa dan siapa yang dapat menbendungnya.

Surah Al-An'am ayat 125 
"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayat petunjuk kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Dia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah dia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman"



Friday, October 28, 2011

PARTI ISLAM MENANG DI TUNISIA

Parti Islam menang di Tunisia!!
Insyallah Di Malaysia Juga!!!

Parti Islam menang di Tunisia!!
Insyallah Di Malaysia Juga!!!

TUNIS 28 Okt. - Parti Islam utama Tunisia memenangi pilihan raya pertama negara ini, semalam dengan mendapat 90 daripada 217 kerusi di Dewan Perhimpunan, sembilan bulan selepas diktator Zine el Abidine Ben Ali digulingkan dalam kebangkitan rakyat.

Menurut saksi dan Kementerian Dalam Negeri, protes hebat berlaku di tengah bandar Sidi Bouzid, tempat di mana pemberontakan bermula pada Disember lalu, selepas keputusan sementara pilihan raya diumumkan.

Parti Ennahda kini memiliki kerusi terbanyak di Dewan Perhimpunan yang akan menggubal semula Perlembagaan, melantik Presiden dan membentuk kerajaan, kata ketua pilihan raya, Kamel Jendoubi.

Kamel juga mengumumkan pembatalan enam calon daripada parti Petisyen Untuk Keamanan Dan Pembangunan kerana 'penyelewengan wang'.

Parti itu itu dipimpin tokoh korporat Tunisia, Hechmi Haamdi, yang bertapak di London dan dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Ben Ali, mendapat tempat keempat dengan memenangi 19 kerusi.

Hechmi, bagaimanapun menarik balik pencalonannya dari Dewan Perhimpunan itu walaupun selepas pengumuman keputusan pilihan raya itu dibuat.

Hechmi yang berkempen dari London menggunakan stesen televisyen satelitnya, Al-Mustakilla berkata, beliau risau penyokongnya akan menunjukkan kemarahan mereka selepas Ennahda menolak untuk menyertakan partinya dalam perbincangan membentuk kerajaan baru.

Saksi berkata, lebih 2,000 orang penyokong Hechmi berarak ke ibu pejabat Ennahda di Sidi Bouzid dan membaling batu ke arah pasukan keselamatan ketika keputusan pilihan raya itu diumumkan. - AFP

Takbirr... AllahuAkbar!!
 
SUMBER: http://anakmuaallaf.blogspot.com