Monday, December 26, 2011

Dialog cikgu dan budak darjah 3


Budak: Cikgu, kenapa org dewasa jahat? Tak suka buat baik? Tak suka agama? Banyak cerita sebut tentang pemimpin tak adil, kisah raja yang zalim, kisah kaum-kaum yang dimurkai Allah, sejak dulu sampailah sekarang. Kenapa macam tu cikgu? Kenapa dorang macam tak suka Islam, tak suka ajaran Allah?

Cikgu: Baik. Saya tanyakan kamu balik. Bila seseorang, mak atau ayah suruh kamu solat, kamu terus buat dengan senang hati ATAU buat dengan rasa terpaksa, berlengah-lengah, malas-malas dan bermacam-macam alasan?

Budak: Kadang-kadang saya buat dengan senang hati, tapi banyaknya yang macam cikgu sebut tadi tu la.

Cikgu: (senyum) Sama juga dengan orang-orang yang kamu sebut tadi, mereka juga berasaskan benda yang sama yakni "Tak suka, malasnya." pada suruhan agama. Iman dan akal sentiasa akan dilawan hebat oleh dua musuh ketat, iaitu NAFSU dan SYAITAN.

Budak: (mengangguk-angguk. entah faham, entah tidak). Cikgu, kan best bila dunia ni semua pemimpinnya adil dan sukakan Islam? Rindu nak ada pemimpin cinta Allah macam Rasulullah SAW dan para Sahabat.

Cikgu: Cikgu pun. (tersenyum...dalam hati berkata:"banyak lagi yg tidak difahami oleh seorang budak kecil tentang dunia penuh tipuan.")

~ Rusydee Artz | Lukisan Dakwah tidak takut berkata-kata tentang apa yg dirasakannya benar wlpn mgkn tidak benar dr sisi pndgn org sekelilingnya ~

No comments:

Post a Comment