semoga semua berada dalam lembayung rahmat dan kasih Allah.. dan
semoga bunga2 kasih ukhuwwah antara kita juga sentiasa segar dan
mewangi agar seantero dunia dapat mencium keharumannya..
atas dasar kasih inilah.. saya tergerak hati untuk menulis..
kekadang lidah kita lancar mengucap kata2 indah tanpa kita sedar
apakah kita mampu menunaikannya?? kita jua sering lupa ada hati yang
menaruh harapan pada kita. bila ditanya kerelaan untuk berjuang, kita
menyahut penuh semangat..YYYaaaa..kami sanggup.. kami sedia membantu
apa yang perlu..
tapi.. kekadang bila tiba saat bantuan dan harapan itu benar-benar
diperlukan, hati yang berharap kepada kita sering kecewa.. kerana tika
itu kita seolah2 lupa dan tak endah. mana janji2 kita yang ingin
sering berada di dalam barisan utuh untuk membantu jalan dakwah penuh
ranjau dan duri ini??
bila hati yang sering kali kecewa itu merintih dan bersuara meluahkan
kekecewaannya.. tatkala itu baru kita tersentak dan cuba memujuk. kita
cuba mengubatinya.. dan menabur lagi janji manis untuk kesekian kalinya..
kerja dakwah dan tarbiyah bukanlah terletak pada bahu si polan dan si
polan yang tertentu sahaja.. ini kerja kita berkumpulan!! jika tidak,
mengapa perlu kita mencipta kumpulan kita ini?? bukankah kita sudah
berjanji untuk berkorban masa, tenaga, harta untuk jalan yang kita
pilih ini??
bantuan dan harapan yang diperlukan bukanlah hanya "bahan apa yang
diperlukan minggu ini ya?? atau.. tempat mana nak booking kali ni
ya,?" tapi.. perhatian.. sokongan serta kerelaan untuk sama2 berkorban
tenaga dan waktu walaupon di saat2 akhir dan genting!.
sememangnya berat bebanan ini.. perlukan seluruh tenaga dan masa
kita.. bukan lah semudah bicara..
saya faham kita semua ada tanggungjawab besar pada keluarga,bangsa dan
negara.namun kita kena sedar yang tanggung jawab pada agama adalah
utama.. maaf jika tulisan ini bakal mengguris mana2 pihak..
saya menulis ini hanya ingin meluahkan perasaan.. agar kita lebih
telus dan tulus dalam berjuang..
proses dakwah fardiyah yang telah kita rancang mestilah bergerak..
jangan kita fikir yang sapaan kita pada adek2 itu tidak memberi apa2
impak.. semakin lama.. saya semakin dapat merasakan yang kita belum
lagi dapat menawan hati adek2 itu seperti mana hati kita pernah
tertawan dulu.. bangkitlah semua.. lancarkan gerakan kita pada
mereka.. usahalah sebaik mungkin.. luanglah masa melawat adek2 kita
ini untuk menunjuk dan menyuluh mereka jalan islam yang manis dan
indah walaupun kaki kita mahupun kaki mereka bakal berdarah menyusuri
jalan Allah ini.
banyak kekurangan diri ini terbongkar sejak mengenali jalan ini.. saya
mula sedar yang ilmu jika ingin disampaikan, perlulah datang dari hati
yang suci bersih. walaupon ilmu banyak di kepala, lidah jadi kelu
untuk berkata andai hati banyak cacat dan cela.takut dan kecewa bila
melihat adek2 yang diharap seakan akan makin menjauh..lelah dan lemah
tangan ini cuba menggapai mereka.tolanglah sahabatku..!!! bantu aku
menarik mereka..!!!
wahai sahabat2 ku.. bantulah diri yang lemah ini untuk sentiasa gagah
di jalan dakwah.. walaupon bibir sentiasa manis mengukir senyuman dan
tenang kononnya diri penuh beriman, tapi hati ini sering berperang
melepas diri dari kancah jahiliyyah yang menyelubungi diri..
sememangnya benar haruman ukhuwwah itulah perisai dan pencetus
semangat untuk hati ini terus berjuang!!berfikirlah sejenak dan
tolehlah sebentar pada diri ini.. jangan dibiarkan diri ini hanyut dan
terus tenggelam dibawa arus kealpaan dan kelalaian hasil ciptaan syaitan.
cukuplah setakat ini coretan rasa dari diri yang serba daif dan
kekurangan.maaf andai ada yang terasa.. coretan ini sememangnya datang
penuh ikhlas dari hati. semoga sampai dan menusuk jua ke hati
saudari- saudari..
SELAMAT BERJUANG SAHABATKU..
No comments:
Post a Comment