Ketua Ikatan Ulama Islam Antarabangsa, Syeikh al-Allamah Dr Yusuf al-Qardawi, menyampaikan ucapan selamat atas kemenangan Parti Keadilan dan Pembangunan (PKP) Maghribi yang telah memenangi pilihan raya perundangan dengan suara majoriti.
“Kemenangan PKP merupakan kepercayaan masyarakat kepada parti dan tokoh-tokoh yang menjunjung Islam yang tidak henti-henti bekerja untuk tanah airnya tanpa dana kerajaan.
Ini surat yang ditulis al-Qardawi kepada PKK Maghribi:
Yang berbahagia al-Akh al-Ustadz Abdul Ilah ben Kiran Hafizhohullah Ketua Parti Keadilan dan Pembangunan Maghribi.
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.
Atas nama peribadi dan atas nama Ikatan Ulama Islam Antarabangsa, saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Maghribi, rakyat, dan pemimpinnya yang penuh bijaksana atas kejayaan pelaksanaan pilihan raya yang bebas, jujur, adil dan bersih.
Hasil yang sangat menggembirakan, membuat kita dapat tersenyum, melegakan dada dan menenangkan hati ini dan semua pihak setelah ada perubahan atas undang-undang negara.
Saya berharap, perkara tersebut membawa kebaikan dan pembaikan untuk 'ibad (rakyat) dan bilad (negara).
Saya telah mendengar maklumat tentang kemenangan Parti Keadilan dan Pembangunan (PKP), parti Islam di Maghribi dan hal ini sangat menggembirakan bagi saya. Kemenangan ini menandakan baiknya pemahaman terhadap Islam dan kehidupan, keperluan dan keinginan rakyat Maghribi.
Saya berharap kepada Allah, semoga kemenangan ini diikuti oleh kemenangan-kemenangan yang lain berupa kebaikan dan pembaikan bagi kerajaan Maghribi sehingga PKP boleh membawa Maghribi ke arah yang lebih baik.
Semoga Allah bersama kalian untuk selalu memberikan kebaikan. Semoga keadaan rakyat Maghribi juga semakin lebih baik dari masa yang lalu.
Saya ingin mengingatkan kepada kalian dan parti kalian agar bekerja untuk kemaslahatan ummat (rakyat) berdasarkan nilai-nilai Al-Quran dan As Sunnah.
Jadikanlah Syariat Islam sebagai pegangan. Berikan bukti kepada masyarakat bahawa Islam yang kita yakini boleh menjadi penyelesaian dan memberikan toleransi.
Semoga kalian dapat bekerjasama dengan Parti Nasionalis lain yang mahu bekerja dengan ikhlas untuk kepentingan rakyat dan negara.
Bekerjasamalah dengan orang-orang soleh yang berada di luar parti kalian. Penuhi keperluan rakyat walaupun kamu harus mengurangkan tidur. Buktikan kepada masyarakat, bahawa mereka tidak salah memberikan kepercayaannya kepada Parti kalian.
Doa saya selalu menyertai kalian dan para penyokong kalian. Berusahalah agar tidak melakukan kesalahan. Bekerjalah dibawah naungan Islam dan Al Quran.
Allahumma Amien.
Akhukum
Yusuf Al Qaradhawi
Ketua Ikatan Ulama Islam Antarabangsa
No comments:
Post a Comment