Saturday, October 29, 2011

Islam Agama yang Paling Cepat Berkembang Selepas Peristiwa 9/11

Islam Agama Pilihan


        Peristiwa 9/11 dan gerakan Islamfobia telah menggasak pemikiran masyarakat Barat untuk membenci Islam. Tetapi tiada sesiapa menduga, gerakan jahat itu telah membawa hikmah lain iaitu masyarakat  Barat mula berminat untuk mengetahui Islam dengan lebih mendalam.

ALLAH berfirman dalam al-Quran, Surah Ali-Imran ayat 54
"Dan mereka merancang, Allah juga merancang, dan Allah sebaik-baik perancang"

         Setelah mereka melihat dan mengkaji, ternyata Islam dilihat sebagai alternatif kepada kehidupan mereka sendiri yang terhakis nilai moral dan agama sedangkan Islam menawarkan sistem hidup yang menyeluruh.

        Majalah Time dalam laporan khasnya beberapa tahun lalu mendapati, beratus-ratus masjid dibina di negara-negara Barat.  Malah dikatakan jumlah masjid kini sudah mengatasi jumlah gereja di selatan Perancis. Penghuni di kota-kota besar di Barat sudah tidak berasa janggal dengan suara azan yang berkumandang 5 kali sehari.

          Sebagai perbandingan , pada 1963 hanya terdapat 13 buah masjid di Britain, tapi kini bilangannya meningkat kepada 600 buah. Malahan terdapat 1400 organisasi Islam beroperasi di sana. Di Perancis pula, jumlah penganut Islam pada 1999 ialah 3.7 juta orang, tetapi meningkat mendadak kepada 7 juta orang pada 2007. Kini terdapat 1300 buah masjid dan pusat Islam di negara tersebut. Selain itu terdapat 600 pertubuhan Islam  yang bergerak aktif untuk mengembangkan Islam. Bagi menangani gerakan Islamofobia pula, umat Islam di Perancis telah mewujudkan stesen radio mereka yang beroperasi 24 jam sehari.

          Sementara itu, dianggarkan terdapat sejuta orang penganut Islam di Itali dengan 450 buah masjid dan pusat Islam. Situasi di Jerman juga kian menarik. Kini terdapat sekitar 4.3 juta Muslim di negara itu, selain 1400 buah masjid dan pusat Islam. Ia meliputi 4% daripada keseluruhan rakyat negara berkenaan. Jumlah penganut Islam di Belanda pula ialah hampir sejuta orang, kira-kira 5% daripada penduduknya. Manakala di Sweden, 400 000 (4.5%).

         Rantau yang paling banyak memeluk Islam ialah bahagian timur laut Eropah yang merangkumi Belarus, Estonia, Latvia, Lithuania, Poland, Rusia dan Ukraine. Di rantau itu, terdapat sekitar 22.8 juta penganut Islam. Paling ramai adalah di Rusia iaitu 22.2 juta orang.



       Di AS pula, selepas tragedi 9/11 telah menyebabkan penduduknya semakin ingin tahu mengenai apa itu Islam. Tanpa diduga, gabungan antara rasa benci dan rasa ingin tahu telah menyebabkan jumlah penduduk negara berkenaan yang meninggalkan agama asal dan memeluk Islam meningkat dengan mendadak. Sehingga kini, tiada angka tepat mengenai jumlah penduduk Islam di AS. Bagaimanapun, secara umumnya kini dianggarkan terdapat lebih 6 juta penganut Islam di negara tersebut berbanding keseluruhan populasi AS seramai 310 juta orang. Majlis Perhubungan Amerika-Islam pula meletakkan angka 7 juta orang.

         Dalam satu kajian pada 2007, 23% daripada keseluruhan penduduk Islam AS adalah saudara baru. Dengan sejumlah 6-7 juta orang ini, ia menjadikan penganut Islam adalah kedua teramai selepas Kristian. Kini dikatakan sekitar 135 000 orang memeluk Islam setiap tahun di AS.

      Selain AS, jumlah penganut Islam juga meningkat dengan pastas di seluruh dunia. Antara lain, ia berlaku akibat kadar kelahiran yang tinggi dan jumlah penganut baru yang lebih tinggi berbanding agama lain. Berdasarkan faktor-faktor ini, banyak pihak mengatakan Islam adalah agama yang paling pantas berkembang di dunia ini. 

         Kajian yang dilakukan oleh Houssain Kettani dari Polytechnic University of Puerto Rico, AS dan dibentangkan pada Persidangan Antarabangsa Seni dan Kemanusiaan di Hawaii pada Januari 2010 pula mencatatkan bahawa jumlah keseluruhan penganut Islam di dunia penganut Islam di dunia pada tahun 2010 adalah sekitar 1.7 bilion orang.

    Kajian beliau 2010 World Muslim Population boleh diperoleh dari http://www.pupr.edu/hkettani/papers/HICAH2010.pdf 
dan World Muslim Population 1950-2020 diperoleh dari http://www.pupr.edu/hkettani/papers/WMP.pdf

      Dianggarkan jika trend ini berterusan, pada tahun 2020 kelak seorang daripada 4 penduduk dunia beragama Islam. Manakala pada 2075, nisbah ini berubah menjadi 1:3.



Tokoh Terkenal Memilih Islam

      Dewasa ini semakin ramai tokoh terkenal dunia yang memeluk Islam. Mereka merupakan bintang-bintang dalam pelbagai bidang termasuk sukan, hiburan, akademik, kewartawanan, sains, astronomi, fizik, kimia, kejuruteraan, ahli perniagaan, perubadan termasuklah pakar teologi kristian dan paderi. Islam juga turut menjadi pilihan mereka yang asalnya ateis, angkuh dengan fahaman evolusi dan hukum alam.

       Antara mereka yang memeluk Islam adalah;
  • Daniel Streich (ahli politik dari parti Swiss People Party di Switzerland)
  • Jimmy Akesson (Parti Demokrat Sweden)
  • Geert Wilders (ahli parlimen ultra kanan di Belanda)
  • Lauren Booth (adik ipar bekas PM Britain, Tony Blair)
  • Cat Stevens (penyanyi yang menukar namanya kepada Yusuf Islam) 
  • Chris Eubank (penyanyi)
  • Alexander Litvinenko (perisik Rusia)
  • Danny Willians (petinju)
  • Richard Thompsom (pemuzik)
  • Yvonne Ridley (wartawan)
  • Edward Blair (peguam)
  • Timmothy Winter (sarjana)
  • Kristiane Barker (wartawan penyiaran)
  • Nicole Queen (jurugamar/pengacara tv)
  • Camilla Leyland (guru yoga)
  • Akhenaton (penyanyi rap Perancis)
  • Maurice Bejart (koreograpfer Perancis)
  • Knud Holmboe (wartawan Denmark)
  • Torquato Cadilli & Mario Scialoja (diplomat Itali)
  • Knut Berstrom (diplomat Switzerland)
  • Titus Burckhardt (penulis Switzerland)
  • Pierre Vogel (petinju profesional Jerman)
  • Frank Ribbery, Eric Abidal, Nicholas Anelka, Thierry Henry & Frederick Kanoute (pemain bola sepak Perancis)
  • Diam's (penyanyi rap wanita Perancis)
  • Jermain Jackson (abang Michael Jackson)
  • Mike Tyson (bekas juara tinju)
  • Chris Jackson (Mahmoud Abdul Rauf), Kareem Abdul Jabbar (Lew Alcidor) - (bekas pemain bola keranjang NBA)
  • Dave Chapelle (pelawaK dan bintang tv AS)
  • Syeikh Hamza Yusof Hanson (sarjana teologi)
  • Mos Def, Bizzy Bone, Akon, Loon, Oshea Jackson, Mc Ren, Everlast (semuanya penyanyi rap AS)
  • Art Blakey (pemuzik AS)
  • Bernard Hopkins (peninju AS)
  • John Whitehead (penyani, penulis lagu dan produser)
  • Robert D. Crane (salah seorang penasihat Presiden Richard Nixon)
  • Thomas J. Abercrombie (jurugambar veteran National Geographic)
  • Bruno Metsu (Perancis-bekas jurulatih bola sepak Senegal pada 2002 FIFA World)
  • Phillipe Troussier (Perancis-jurulatih kebangsaan Jepun)
  • Christian Gonzalez (pemain bola sepak Uruguay)
  • AR. Rahman (pemuzik terkenal India)
  • Yusuf Estes (bekas paderi di Texas yang mengIslamkan lebih 500 paderi)
  • Melech Yacov (bekas penganut Yahudi ultra ortodoks)
  • Shive Prasad (ketua parti politik Bajrang Dal & ketua penceroboh meruntuhkan Masjid Babri, India 1992)
  • Abel Xavier (pemain bola sepak profesional Portugis)
  • Danilo Fernando (pemain bola sepak Brazil)
  • Dawud Wharnsby-Ali (penyair Kanada)
  • Idi Amin (pemerintah tentera & presiden Uganda 1971-1979)
      Benarlah, apabila cahaya hidayah sudah menyinari hati, apabila kebenaran mencuit minda dan cinta Ilahi itu telah menyentuh jiwa, tiada apa dan siapa yang dapat menbendungnya.

Surah Al-An'am ayat 125 
"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayat petunjuk kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Dia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah dia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman"



No comments:

Post a Comment