Saturday, January 29, 2011

Dunia Pendakwah Atau Pendakwah Dunia?


by Pertubuhan IKRAM Malaysia on Tuesday, 21 September 2010 at 09:06

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

Dunia pendakwah bukan semata-mata dunia retorik dan permainan kata-kata, tetapi ianya adalah dunia pergerakan yang penuh bergelora dan bersifat dinamik yang membawa misi besar untuk perubahan yang penuh dengan halangan dan rintangan.

Dunia pendakwah adalah dunia besar yang tidak hanya mengubah wajah peribadi tapi juga mengubah wajah umat manusia dan bahkan wajah dunia juga.

Ruang lingkup dunia pendakwah :
  1. Tidak semata-mata berbicara tentang agama malah berbicara tentang semua persoalan sehingga menghadirkan peradaban baru yang menakjubkan.
  2. Tidak hanya menangani isu berskala lokal tapi juga antarabangsa.
  3. Tidak hanya berbicara dengan wilayah dunia semata-mata tetapi juga berbicara nun jauh melampaui sehingga ke wilayah akhirat.
Dunia pendakwah adalah dunia luas yang menembusi waktu serta melintasi jarak dan zaman yang teramat panjang.

Jika pekerjaan dunia menuntut kita bersikap profesional maka kerja dakwah yang janji kebaikannya tidak terhitung sudah tentunya menuntut kerja yang lebih profesional.

Jika dalam menyembelih binatang yang dianggap persoalan ringan itupun, kita diminta bersikap profesional sebagaimana disebut dalam sebuah hadis Nabi :

“…maka jika kamu menyembelih, sembelihlah dengan profesional (itqan)”

Berdasarkan kaedah di atas, maka dakwah yang wilayah garapannya mencakupi dunia dan akhirat tentunya kita diminta lebih bersikap profesional lagi.

Usaha dakwah profesional dari sudut kerja duniawi adalah bagaimana kita berusaha untuk menyiapkan segala perbekalan secara optimum meliputi berbagai sudut keilmuan yang :
  1. Berkait dengan ilmu-ilmu syariat.
  2. Berkait dengan ilmu-ilmu kejiwaan.
Selain itu penyajiannya juga dibuat secara profesional dengan penggunaan segala kemudahan teknologi dan media secara optimum untuk memastikan penyampaian nilai-nilai yang tinggi  pada objek dakwah.

Profesional secara ukhrawi ialah bagaimana kita berusaha untuk membersihkan niat kita agar;
  1. Sentiasa mencari ridha Allah swt sehingga pengorbanan dan perjuangan menjadi nikmat yang tidak terbayang.
  2. Menyelaraskan kata-kata dengan perbuatan sehingga cahaya kebenaran mampu menembusi kegelapan hati yang paling dalam.
Dakwah profesional adalah dakwah yang layak untuk mendapat pertolongan dan kemenangan.

Pendakwah profesional benar-benar memahami dunianya.

Dunia pendakwah difahaminya sebagai :
  1. Dunia perjuangan dan pengorbanan.
  2. Dunia memberi bukan meminta.
  3. Dunia panjang tanpa batas.
  4. Dunia curam yang dipenuhi berbagai tipu muslihat.
Namun pendakwah profesional memahami betul bahwa pengorbanannya di jalan dakwah tidak akan pernah hilang tanpa perhitungan.

Hanya pendakwah profesional yang mampu memahami dakwah sementara mereka yang ingin mendapat nikmat kehidupan dari dakwah tidak akan pernah merasai manisnya dakwah dan perjuangan meskipun memiliki dunia dari hasil dakwahnya.

Pendakwah profesional :
  1. Tidak pernah mengeluh kerana beratnya bebanan.
  2. Tidak pernah sedih kerana sedikitnya hadirin dan sepinya sanjungan.
  3. Tidak pernah kecewa kerana tidak ada sambutan dan hidangan.
  4. Tidak pernah putus asa kerana lama dan panjangnya perjuangan.
Bekerja dan terus bekerja begitulah slogannya, dijejaknya jalan-jalan perkampungan di tengah-tengah teriknya mentari dan gerimis hujan, menyeru dan memanggil umat agar kembali kepada kebenaran tanpa pernah menampakkan wajah keletihan dan penampilan kesedihan.

Pendakwah profesional, walau ke hujung gunungpun dia akan datang memenuhi undangan meskipun tanpa jemputan.

Pendakwah profesional rela bergadang hingga larut malam membuat projek-projek besar untuk penyelamatan ummah di tengah-tengah lelapnya masyarakat dalam keterlenaan.

Pendakwah profesional rela mengorbankan apa yang dimiliki demi kebaikan umat dan lingkungannya.
  1. Semakin panjang jalan yang ditempuh, semakin nikmat dirasakan.
  2. Semakin berat medan yang dihadapi, semakin membuat dirinya tegak berdiri.
  3. Semakin besar pengorbanan yang diberi, semakin membahagiakan.
Meskipun dalam perjalanannya ia memerlukan pembiayaan, dia tidak pernah menampakkan wajah mengharap dan belas kasihan kepada umat, bahkan ketika diberi, dia mampu berkata :

”Sesungguhnya aku tidak meminta upah kepada kamu, upahku hanya dari Allah swt”. 

Senandung bahagia sebegini sentiasa terlantun dari lisannya ketika kelalaian dunia mengekangnya maka dia berucap :

“Kami pendakwah sebelum segala sesuatu” 

Ketika keletihan dirasa, dia berucap :

“Kami sekelompok kaum yang bernikmat-nikmat dengan keletihan dakwah” 

Ketika kelesuan berdakwah dirasa, dia berucap :

“Tidak akan mulia suatu kaum yang meninggalkan dakwah dan memburu dunia”. 

Meskipun secara ekonomi, kehidupannya cukup sederhana bahkan sering mengalami kekurangan, namun dia berani berkata dengan lantang :

”Jika orang-orang seperti kita, bukan jika kita seperti orang-orang”. 

Kemuliaan pendakwah profesional tidak pernah pudar meskipun :
  1. Wang tiada.
  2. Rumah hanya menyewa.
  3. Pakaian sederhana.
  4. Makan seadanya.
  5. Berjalan beralaskan kasut yang mungkin sudah lusuh.
Bahkan ditengah-tengah kesukarannya, dia mampu memberi, kerana dia faham :
  1. Siapa yang menghidupkan dakwah, dia akan mulia.
  2. Siapa yang mencari kehidupan dari dakwah, akan hina.
Ketika dia tidak mampu memberi, maka cucuran air mata kesedihan tidak mampu lagi dibendung kerana merasai tertinggal dalam memenuhi panggilan kebaikan.

Sebahagian orang :
  1. Merendah-rendahkan mereka.
  2. Menganggapnya aneh.
  3. Mencelanya.
  4. Memfitnahnya.
  5. Menggertaknya.
  6. Menyiksanya.
  7. Mengusirnya.
  8. Membunuhnya.
Namun dia tidak pernah peduli.

Pendakwah profesional memahami bahwa itulah jalan suci, jalan yang dirintis oleh para Nabi.

Perjuangan panjang yang :
  1. Dimulai dengan keikhlasan.
  2. Disemai dengan kesabaran.
  3. Disirami dengan istiqamah.
  4. Dipupuk dengan pengorbanan.
  5. Dirawat dengan doa dan munajat.
Akhirnya membuahkan suatu harapan.

Mungkin perlahan pada mulanya namun pasti, pohon dakwah nan indah ini akan menampakkan hasil tempaannya apabila setiap anggota masyarakat mulai sedar dari buaian mimpi mereka.

Mereka yang sedar merasa gelisah ketika berdiam diri melihat kehinaan yang berlaku di dalam masyarakat. 

Mereka bahu membahu memperkuatkan barisan, mengajak dan menyeru semua kalangan untuk memperkuatkan perjuangan.

Apabila pohon dakwah semakin besar, para tokoh mula ingin turut serta di dalamnya. Sambutan kemenangan tidak hanya di bandar bahkan di daerah dan seluruh pelosok desa, dakwah memperlihatkan wajah segarnya.

Pada ketika itulah para pendakwah mulai dikenali, bahkan :
  1. Menjadi terkenal.
  2. Dirinya mula dijadikan pusat rujukan dan perundingan.
  3. Saranan dan pendapatnya didengar.
  4. Fatwanya dipatuhi.
  5. Keputusannya dituruti.
  6. Semua orang menaruh hormat kepadanya.
  7. Kagum khalayak ramai dibuatnya ketika mendengar taujihatnya.
  8. Tanpa terasa, kadang-kadang air mata orang ramai meluncur deras demi mendengar sentuhan wasiatnya.
  9. Jamaahnya kian hari kian besar.
  10. Sanjungan dan pujian tidak pernah putus terlontar meskipun ia tidak meminta.
  11. Pengaruhnya mula menguasai masyarakat awam.
  12. Semua kalangan meletakkan kepercayaan kepadanya agar ia membawa misi perubahan.
  13. Bukan hanya rakyat jelata yang menaruh harapan.
  14. Sebahagian birokrat dan penjawat awam akan cuba mendekatinya.
Dunia yang dahulunya telah :

  1. Menaklukkan Qarun.
  2. Membuatkan ahlul badar khilaf.
  3. Menyebabkan ahlul uhud tercerai berai.

Maka dunia yang sama ini tidak akan pernah membiarkan seorang pejuang untuk lepas dari perangkap pesonanya.

Adakah seorang pendakwah itu tetap menjadi

  1. Pendakwah profesional

atau menjadi

  1. Pendakwah dunia.

Hanya waktu yang akan membuktikanya.

Apakah dia menjadi

  1. Pejuang aqidah

atau

  1. Pejuang kepentingan.

Dunia dahulu dan dunia kini masih sama kekuatannya untuk menipu dan mengelabui pewaris Nabi.

Adakah pendakwah mampu belajar dari pengalaman atau tidak?

Namun sebahagian dari kita sering belajar dari pengalaman bahwa :

‘Kita tidak belajar dari pengalaman.’

Andaikata kemenangan menjadikan pendakwah :

  1. Lebih dekat kepada Penciptanya.
  2. Lebih bersyukur.
  3. Lebih bertambah ketawadhu’annya.
  4. Lebih meridhai kesusahan perjuangannya.
  5. Semakin dekat dengan Allah swt.

Maka ketahuilah bahwa ciri-ciri tersebut memang layak dimiliki oleh pendakwah pofesional.

Namun, jika yang berlaku adalah sebaliknya maka ia telah berubah menjadi pendakwah dunia, 

Na’udzubillahi min zalik……

Ya Allah, jadikanlah dunia ini sebagai ladang dakwah kami sehingga kami berusaha, beramal dan berdakwah semata-mata mengharapkan keridhaanMu. Jauhkanlah diri kami dari dikuasai oleh dunia dan segala penghasilannya kerana kami khuatir bahwa dunia yang sepatutnya menjadi ladang dakwah kami akan mengubah niat dan matlamat kami sehingga menukarkan peribadi pendakwah menjadi pendakwah dunia.

Ameen Ya Rabbal Alameen

Terkini Mesir; Pandangan dan pendirian

BICARA YDP
(sempena peristiwa besar yang berlaku di Egypt)

Demonstrasi di ibukota Mesir, Kairo (AP Photo)
Assalamualaikum wmt wbkth

Segala puji bagi Allah SWT Rabbul Jalil. Selawat dan salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w penutup segala kenabian.
Hari ini seluruh kota Mesir (Egypt) sedang meledakkan kemarahannnya. Kemarahan masyarakat yang meluap-luap yang tidak mampu lagi ditahan dan dibendung akibat kezaliman Regim Gamel Abd Nasir yang sejak sekian lamanya menindas rakyat dengan sistem kuku besinya, rasuah dan pemerintahan polis yang kejam dan memenjarakan seluruh para penentangnya.

Hari ini kuasa dan taringnya sudah hilang dan lesu. Kukunya sudah hilang dan lembik tidak mampu lagi menahan kemarahan bangsanya sendiri. Ini adalah satu pengajaran buat para Diktator manapun di dunia ini. Memerintah dengan adil dan kasih sayang atau menerima ancaman kemarahan rakyatnya sendiri.
Imam Hassan Al-Banna pernah dalam tulisannya mengatakan kepada pemerintah Mesir waktu itu agar melakukan perubahan. JIka mereka gagal melakukannya rakyat akan bangkit bukan disebabkan oleh Ikhwanul Muslimun (IM) bahkan oleh kezaliman dan kebodohan regim mereka itu sendiri yang gagal menerima seruan dan nasihat. Hari ini Ikhwan Muslimun Mesir menyeru rakyat untuk bertahan dan bersatu menentang regim ini dengan sabar dan aman. Mereka adalah harapan baru bagi ummah dan kini hampir puluhan pemimpin tertinggi IM ditangkap. Kita semua berdoa agar mereka segera dibebaskan dari tahanan. IM telah lama bersabar dengan dakwah dan seruan mereka yang bijaksana. Mendidik masyarakat dengan Islam dan mengajak masyarakat kembali kepada cara hidup Islam sejak ianya diasaskan.

IM pernah menerima gegaran penangkapan dan pengharamannya serta penyiksaan ribuan anggotanya disiksa dan dibunuh dengan kejam oleh Regim Jamal Abd Nasir. Namun IM tetap tabah dan thabat mengharung tempoh penyiksaan, pembunuhan dan pemenjaraan yang sangat panjang. Regim ini telah membunuh jiwa rakyatnya dengan rasa takut kepada kekejaman serta tekanan polis-polis rahsianya yang sentiasa berada di mana-mana. Kini seminggu lepas Regim Tunisia berakhir, kemarahan rakyat Tunis menjalar ke bumi anbiya ini. Kini rakyat yang telah ditekan terlalu lama mula berani membuka segala penjara ketakutan mereka selama ini. Mereka sudah terlalu lama oleh tekanan "under siege" yang menyebabkan jiwa mereka tertekan dan tidak berani menyatakan tidak kepada Regim zalim selama ini.

Kita berharap esok Regim ini akan musnah. Esok kita berharap satu perubahan baru dalam landskap politik Mesir akan berlaku. Reformasi dalam sistem politik, ekonomi dan sosial serta pendidikan akan membuka pintu baru bagi Mesir yang baru. Ini tidak bermakna dakwah dan jihad telah selesai. IM akan terus bekerja melakukan perubahan ini. Menawarkan solusi dan kebijaksanaan baru bagi bangsa Mesir dan demi kebaikan ummah di sana.

Saya menjangkakan satu kudeta akan berlaku di Mesir jika kerajaan sedia ada gagal menerima kemarahan rakyat hari ini.  Namun adalah diharapkan ianya akan bersifat sementara sebelum diserahkan kembali kepada rakyat untuk memilih kepimpinan yang terbaik dari putera-putera Mesir yang baik dan dan beriman. Di sinilah peluang bagi dakwah IM. Jika sebelum ini IM ingin mendaftarkan parti politik tidak dibenarkan dan IM terus diharamkan, kita berharap semua ini akan berubah dalam seminggu hingga beberapa bulan reformasi di Mesir ini akan berlaku. Jika reform benar-benar berlaku, IM akan mula dihalalkan. Akan mudahlah dakwah ini menyampaikan risalahnya tanpa rasa takut lagi. Parti Politik IM akan didaftarkan, maka mudahlah para politik IM beraksi di pentas politik Mesir membawa cita rasa dan idea Islam dalam negara ini. Jika berlaku reform, akan bebaslah semua tahanan politik Mesir sejak sekian lam yang duduk di bawah tanah dan penjara yang gelap dan kotor itu. Kita doakan semua tahanan IM akan bebas. Moga Naib Mursyid IM Ir Khayrat Shatir akan bebas dari mahkamah tentera sejak sekian lamanya. Moga semua mereka akan bebas dengan izin Allah SWT

Malam ini bangunan parti pemerintah Regim Gamal Abd Nasier telah terbakar. Ini adalah hari akhir buatnya dan para penzalim. Esok adalah hari kebangkitan baru buat Mesir. Moga Allah SWT akan terus memberikan keberanian kepada putera-putera Mesir untuk menyatakan " down! down Gamel" . Saya yakin samada beliau akan lari meninggalkan buminya ke negara lain atau beliau akan ditahan dan dibicarakan di mahkamah atas segala kezalimannya sejak 30 tahun yang lalu. Selamat tinggal Gamel Abd Nasier dan selamat datang hari kebahagian buat Bangsa Mesir ' Viva Egypt!".

Ikhwah dan akhawat. Ini menuntut kita semua beramal. Beramal dengan tekun dan sabar. Allah SWT akan menentukan masa kemenangannya. Usaha dakwah dan tajmik. Usaha membina syakhisyyah Islamiyyah di kalangan umat. Memilih anasir soleh dan mendidik mereka dengan syakhsiyyah jamaiyyah seterusnya membawa mereka ke alam realiti dakwah dan pengorbanan, ke arah riaayah jamahiriyyah. Melakukan dakwah, memuliakan ummah, menyantuni masyarakat dengan dakwah dan kebaikan. Rakyat akan melihat amal kita. Amal kita akan berbicara. Berbicara dengan jujur dan ikhlas lebih kuat dari suara-suara kita. Oleh itu teruslah bekerja dengan penuh sabar dan thabat, jujur dan ikhlas mengharapkan wajah Allah SWT.

Firman Allah yang bermaksud;
"Sesungguhnya Allah pasti menolong orang menolong (agamanya), sesungguhnya Allah benar-benar
maha kuat lagi maha perkasa" (al-Hajj:40).

Firman Allah yang bermaksud; "Sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan
Allah, dipesakakannya kepada siapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya (al A'raf:128).

Firman Allah yang bermaksud;
"Negeri akhirat itu Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat
kerosakan di (muka) bumi dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa" ( al
Qasas:83).

Segala kebenaran hanya milik Allah SWT
Kepada Pemangku YDP IKRAM SEL Hj Mazmi terima kasih dan selamat terus beramal dan berjuang.

Faqir Ilaihi
Saudara kamu
Shamsul Ma'arif Hj Ismail
 YDP IKRAM Selangor
(kini di Oxford UK)

Thursday, January 20, 2011

Islam Kan Tetap Dijulang


Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? Begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.


"Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. 
Kebersihan itu separuh daripada iman."
Bunyi satu suara di belakangnya.

Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr. Johar, orang besar negara ini.

"Pakcik, biarlah saya tolong kutip, sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya.

Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini. Siapa yang tak kelabu mata tengok duit merah, biru berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimpang-siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden. Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka. Ah, di mana aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar.



"Hoi budak, Aku dimana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi. Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini Aladdin, budak Arab dengan lampu ajaibnya, teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar.

Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru. 


"Assalamualaikum. Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman. Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali." Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut.

Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa? Dia nak marahkan aku?

"Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan?" tanyanya angkuh.

"Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat," kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang.

"Oh, oh maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya pegawai itu pula.

Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula-Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman.


"Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni."

"Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itu pun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti Darul Taqwa."

Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. "Di mana aku sebenarnya ni?" Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, ini Jalan Chow Kit di tengah bandar Kuala Lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada.

"Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji Din, Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandar ini."

Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi Jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar. "Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat."

Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh. Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa. "Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah! Seksa neraka amat pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya dihukum di Akhirat!" rayu lelaki itu.

Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati.Peliknya mereka tidak mengejarnya. Ia terlepas. Lega. Dahaga , lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan. Dia perlu minum. Tapi di mana?

Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan, "Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al Abrar, hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!"

Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah. Matanya tak betah lagi melihat semua itu.Tapi kerana lapar ia masuk juga. "Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki". "Ceh! Diskriminasi, double-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan".

Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya. "Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!".

Lelaki itu tersenyum. "Empat puluh tahun yang lalu adalah. Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad, pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women's Libs. Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan", terangnya. Mukanya jernih.Serban dan jubahnya serba putih.

"Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni!"

"MasyaAllah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu... Subhanallah. ..." Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia menggeleng-gelengkan kepalanya.

Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk. "Nasi beriani sepinggan!" ujarnya kepada pelayan. "Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan. "Ya! Apa peliknya?". "Baik, tuan. Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang?" tanya pelayan berkulit hitam itu. 


Dia tambah geram. Direnung ke hadapan, iaitu ketempat orang menikmati makanan.Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas.

"Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itu dengan sopan. Datuk Dr. Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang.

"Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh, " ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan.

"Macam tak lalu makan saja, anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain?" tanya sahabatnya di sebelah. Dia nampak simpati. Datuk Dr. Johar pasang telinga saja.

"Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit. Malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana " Keluhnya."Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita. Tolonglah terima sedekah kita. Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita", keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi.

"Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Ana pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk ana daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian-kementeriannya, saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan-lahan.

Datuk Dr. Johar makin pelik. "Tambah nasi sepinggan lagi!" ujarnya kepada pelayan restoran. "Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan, berhentilah sebelum kenyang. Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan....," kata pelayan itu lagi. 

"Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!" bentaknya. Marah campur geram. "Tuan, mana ada hospital sekarang. Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insyaAllah. Kita tak perlu hospital."

"Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini ?" leternya perlahan-lahan. "Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa menghidapnya."

"Batalkan saja order saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlu hiburan sekarang. Di mana boleh saya dapati ?" tanyanya. "Di sana, tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma.

Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai-bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih kelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah atau otaknya? 


Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan. Dalam skrin timbul tajuk besar-KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH PENYESALAN , IZRAEL DATANG TIBA-TIBA Oh... Oh ... seram sejuk tubuhnya. Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit. Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. Aku belum nak mati lagi, protes hati Datuk Dr.Johar.

Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas skrin komputer, 'RAJA'. kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan teliti... FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI.. Kepala Datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni?

"Tak ada lagu yang hot sikit ke?" tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya. "Nanti ya pakcik . Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni.Top-hit anak-anak muda sekarang..." "Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu. Ayat suci Al-Quran... "Eh ...ni suara orang mengaji," "Nanti dulu pakcik,selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya," kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia. Kemudian getaran suara bergema, "Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu mendamba kasih yang tidak berhujung mengutip sayang di hamparan cinta suci. Inilah getaran hatiku memburu cinta, stanza hati merindu Ilahi..."

Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran. "Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah" Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata "Saya bayar dengan kad kredit saja!" Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya. "Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh kami terima, kami halalkan sajalah." "Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-bungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri."


"Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka." "Ah, aku tak nak dengar semuanya. Makin gila aku dibuatnya," pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu.

Di luar, semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi. Pemandu bullet train berserban merah tersenyum kepadanya. Juruterbang helikopter dengan tulisan 'MAKRUFAT AIR TRANSPORT' sibuk dengan urusannya. Di seberang jalan tertegak papan iklan dengan tulisan yang jelas : "KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH ". Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak mereka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah. Isy, meluatnya! Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum. Baginya, semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek.


Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. "Kenapa?". Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus.

"Datuk..! Datuk! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !" Datuk Dr. Johar bangun. Dia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu. "Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah?" tanya Datuk Dr. Johar. "Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi. Mereka tak mahu pilihanraya.." "Habis, mereka mahu apa?". "Mereka mahu Islam, Datuk!". "Islam? " keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi matanya terlihat sepanduk di hadapan tertulis, 


"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG.. ITULAH JANJI ILAHI". "
"Pasakkan Tsabat Teguhkan Istiqamah!".


"Tak mungkiiinnnn!!!". Datuk Dr. Johar jatuh pengsan.

Saturday, December 25, 2010

Asma ALLAH


Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud:
"ALLAH mempunyai Asmaa-Ul-Husna (nama-nama yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat ALLAH S.W.T.), maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut asmaa-ul-husna itu."
(Surah Al-A'raf:180)

"Dialah ALLAH, tiada Tuhan melainkan Dia, Dia mempunyai al-asmaul-husna (nama-nama yang baik)"
(Surah Thaha:8)

Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:"Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai 99 nama, iaitu seratus kurang satu, barangsiapa menghitungnya (menghafal seluruhnya) masuklah ia kedalam syurga"
Riwayat Bukhari


 ASMA ALLAH By Sami Yusuf

Raheem, Kareemun, 'Adheeym, 'Aleemun,
Haleem, Hakeemun, Mateen
(Merciful, Generous, Incomparabl Great, All-Knowing
Forbearing, Wise, Firm)

Mannaan, Rahmaanun, Fattaah, Ghaffaarun
Tawwaab, Razzaaqun, Shaheed
(Bestower of blessings, Most Compassionate, Opener, Forgiver
Accepter of Repentance, Provider, Witness)

Allahumma salli 'ala Muhammad, wa aali Muhammad
Ya Muslimeen sallou 'alayh
(O my Lord send salutations upon Muhammad
And upon the Family of Muhammad
O Muslims, send salutations upon him)

Allahumma salli 'ala Muhammad, wa sahbi Muhammad
Ya Mu'mineen sallou 'alayh
(O my Lord send salutations upon Muhammad
And upon the Companions of Muhammad
O believers, send salutations upon him)

Lateef, Khabeerun, Samee', Baseerun
Jaleel, Raqeebun, Mujeeb
(Gentle, All-Aware, All-Hearing, All-Seeing
Majestic, Watchful, Responsive)

Ghafur, Shakourun, Wadud, Qayyumun
Ra'uf, Saburun, Majeed
(Forgiving, Appreciative, Loving, Self-Existing by 
Whom all subsist Most Kind, Patient, Most Glorious)

Allahumma salli 'ala Muhammad, wa aali Muhammad
Ya Muslimeen sallou 'alayh
(O my Lord send salutations upon Muhammad
And upon the Family of Muhammad
O Muslims, send salutations upon him)

Allahumma salli 'ala Muhammad, wa sahbi Muhammad
Ya Mu'mineen sallou 'alayh
(O my Lord send salutations upon Muhammad
And upon the Companions of Muhammad
O believers, send salutations upon him)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
La Ilaaha Illahu, Al Malikul Quddoos
(God is Greater, God is Greater
There is no god but Him, the King, the Most Holy)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Rahmanu irham dha'fana
(O Most Compassionate! Have compassion on our weakness)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Ghaffaaru ighfir thunoubana
(O Forgiver! Forgive our sins)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Sattaaru ostour 'ouyoubana
(O Concealer! Conceal our defects)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Mu'izzu a'izza ummatana
(O Bestower of honour! Bestow honour on our Ummah)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Mujeebu ajib duýaa'ana
(O Responsive One! Answer our prayers)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Lateefu oltof binaa (x3)
(O Gentle One! Show gentleness to us)

Oltof binaa
(Show gentleness to us)
 





99 nama Allah SWT  :

1. Ar-Rahman (Ar Rahman) Yang Maha Pemurah
2. Ar-Rahim (Ar Rahim) Yang Maha Mengasihi
3. Al-Malik (Al Malik) Yang Maha Menguasai / Maharaja Teragung
4. Al-Quddus (Al Quddus) Yang Maha Suci
5. Al-Salam (Al Salam) Yang Maha Selamat Sejahtera
6. Al-Mu'min (Al Mukmin) Yang Maha Melimpahkan Keamanan
7. Al-Muhaimin (Al Muhaimin) Yang Maha Pengawal serta Pengawas
8. Al-Aziz (Al Aziz) Yang Maha Berkuasa
9. Al-Jabbar (Al Jabbar) Yang Maha Kuat Yang Menundukkan Segalanya
10. Al-Mutakabbir (Al Mutakabbir) Yang Melengkapi Segala kebesaranNya
11. Al-Khaliq (Al Khaliq) Yang Maha Pencipta
12. Al-Bari (Al Bari) Yang Maha Menjadikan
13. Al-Musawwir (Al Musawwir) Yang Maha Pembentuk
14. Al-Ghaffar (Al Ghaffar) Yang Maha Pengampun
15. Al-Qahhar (Al Qahhar) Yang Maha Perkasa
16. Al-Wahhab (Al Wahhab) Yang Maha Penganugerah
17. Al-Razzaq (Al Razzaq)  Yang Maha Pemberi Rezeki
18. Al-Fattah (Al Fattah)  Yang Maha Pembuka
19. Al-'Alim (Al Alim)  Yang Maha Mengetahui
20. Al-Qabidh (Al Qabidh)  Yang Maha Pengekang
21. Al-Basit (Al Basit)  Yang Maha Melimpah Nikmat
22. Al-Khafidh (Al Khafidh)  Yang Maha Perendah / Pengurang
23. Ar-Rafi' (Ar Rafik)  Yang Maha Peninggi
24. Al-Mu'izz (Al Mu'izz)  Yang Maha Menghormati / Memuliakan
25. Al-Muzill (Al Muzill) Yang Maha Menghina
26. As-Sami' (As Sami) Yang Maha Mendengar
27. Al-Basir (Al Basir)  Yang Maha Melihat
28. Al-Hakam (Al Hakam)  Yang Maha Mengadili
29. Al-'Adl (Al Adil)  Yang Maha Adil
30. Al-Latif (Al Latif) Yang Maha Lembut serta Halus
31. Al-Khabir (Al Khabir) Yang Maha Mengetahui
32. Al-Halim (Al Halim)  Yang Maha Penyabar
33. Al-'Azim (Al Azim) Yang Maha Agung
34. Al-Ghafur (Al Ghafur)  Yang Maha Pengampun
35. Asy-Syakur (Asy Syakur) Yang Maha Bersyukur
36. Al-'Aliy (Al Ali) Yang Maha Tinggi serta Mulia
37. Al-Kabir (Al Kabir) Yang Maha Besar
38. Al-Hafiz (Al Hafiz) Yang Maha Memelihara
39. Al-Muqit (Al Muqit) Yang Maha Menjaga
40. Al-Hasib (Al Hasib)Yang Maha Penghitung
41. Al-Jalil (Al Jalil) Yang Maha Besar serta Mulia
42. Al-Karim (Al Karim)Yang Maha Pemurah
43. Ar-Raqib (Ar Raqib) Yang Maha Waspada
44. Al-Mujib (Al Mujib) Yang Maha Pengkabul
45. Al-Wasi' (Al Wasik)  Yang Maha Luas
46. Al-Hakim (Al Hakim)  Yang Maha Bijaksana
47. Al-Wadud (Al Wadud)Yang Maha Penyayang
48. Al-Majid (Al Majid)  Yang Maha Mulia
49. Al-Ba'ith (Al Baith) Yang Maha Membangkitkan Semula
50. Asy-Syahid (Asy Syahid) Yang Maha Menyaksikan
51. Al-Haqq (Al Haqq)  Yang Maha Benar
52. Al-Wakil (Al Wakil) Yang Maha Pentadbir
53. Al-Qawiy (Al Qawiy) Yang Maha Kuat
54. Al-Matin (Al Matin) Yang Maha Teguh
55. Al-Waliy (Al Waliy)  Yang Maha Melindungi
56. Al-Hamid (Al Hamid)  Yang Maha Terpuji
57. Al-Muhsi (Al Muhsi) Yang Maha Penghitung
58. Al-Mubdi (Al Mubdi)  Yang Maha Pencipta dari Asal
59. Al-Mu'id (Al Muid) Yang Maha Mengembali dan Memulihkan
60. Al-Muhyi (Al Muhyi) Yang Maha Menghidupkan
61. Al-Mumit (Al Mumit) Yang Mematikan
62. Al-Hayy (Al Hayy) Yang Senantiasa Hidup
63. Al-Qayyum (Al Qayyum) Yang Hidup serta Berdiri Sendiri
64. Al-Wajid (Al Wajid) Yang Maha Penemu
65. Al-Majid (Al Majid) Yang Maha Mulia
66. Al-Wahid (Al Wahid)  Yang Maha Esa
67. Al-Ahad (Al Ahad)  Yang Tunggal
68. As-Samad (As Samad)  Yang Menjadi Tumpuan
69. Al-Qadir (Al Qadir) Yang Maha Berupaya
70. Al-Muqtadir (Al Muqtadir)  Yang Maha Berkuasa
71. Al-Muqaddim (Al Muqaddim)  Yang Maha Menyegera
72. Al-Mu'akhkhir (Al Muakhir) Artiny Yang Maha Penangguh
73. Al-Awwal (Al Awwal) Yang Pertama
74. Al-Akhir (Al Akhir) Yang Akhir
75. Az-Zahir (Az Zahir) Yang Zahir
76. Al-Batin (Al Batin) Yang Batin
77. Al-Wali (Al Wali) Yang Wali / Yang Memerintah
78. Al-Muta'ali (Al Muta Ali) Yang Maha Tinggi serta Mulia
79. Al-Barr (Al Barr) Yang banyak membuat kebajikan
80. At-Tawwab (At Tawwab) Yang Menerima Taubat
81. Al-Muntaqim (Al Muntaqim)Yang Menghukum Yang Bersalah
82. Al-'Afuw (Al Afuw)  Yang Maha Pengampun
83. Ar-Ra'uf (Ar Rauf) Yang Maha Pengasih serta Penyayang
84. Malik-ul-Mulk (Malikul Mulk)  Pemilik Kedaulatan Yang Kekal
85. Dzul-Jalal-Wal-Ikram (Dzul Jalal Wal Ikram) Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan
86. Al-Muqsit (Al Muqsit)  Yang Maha Saksama
87. Al-Jami' (Al Jami) Yang Maha Pengumpul
88. Al-Ghaniy (Al Ghaniy)  Yang Maha Kaya Dan Lengkap
89. Al-Mughni (Al Mughni)  Yang Maha Mengkayakan dan Memakmurkan
90. Al-Mani' (Al Mani) Yang Maha Pencegah
91. Al-Darr (Al Darr)  Mendatangkan Mudharat
92. Al-Nafi' (Al Nafi) Yang Memberi Manfaat
93. Al-Nur (Al Nur)  Cahaya
94. Al-Hadi (Al Hadi) Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk
95. Al-Badi' (Al Badi) Yang Maha Pencipta Yang Tiada BandinganNya
96. Al-Baqi (Al Baqi) Yang Maha Kekal
97. Al-Warith (Al Warith)  Yang Maha Mewarisi
98. Ar-Rasyid (Ar Rasyid) Yang Memimpin Kepada Kebenaran
99. As-Sabur (As Sabur) Yang Maha Penyabar / Sabar

Wednesday, December 22, 2010

Yahudi anti Zionis: Penyelesaian konflik Palestin-Israel?



 Oleh : Maszlee Malik

Firman Allah S.W.T. di dalam surah Ali Imran: ayat 75 berbunyi: “Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang kalauengkau amanahkan dia menyimpan sejumlah harta yang banyak sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadamu. Dan ada pula di antara mereka yang kalau kau amanahkan menyimpan sedinar pun, dia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau  selalu menuntutnya...”


Lewat persidangan “Peace in Palestine” yang berlansung di Putrajaya hujung Mac 2005, rakyat Malaysia bagai disentak dari lamunan mereka dengan munculnya seorang Yahudi di muka bumi Malaysia yang lengkap dengan pakaian ortodoksnya. Bukan hanya sekadar kostum yang berwarna hitam, topinya, rambutnya yang bergulung-gulung dan juga janggutnya sudah cukup untuk sesiapa yang melihatnya pasti akan mengenali keYahudiannya itu. Kejutan itu tidak cukup sekadar itu, di dadanya terpampang bendera Palestin dan tertulis “Ana Yahudi wa Laisa Israeli” (Saya adalah Yahudi dan bukan orang Israel).  Kemuncak kejutan pula ialah ucapan yang diberikan oleh beliau dalam kesempatan lebih kurang 10 minit yang telah diberikan kepadanya.

Katanya:
 “Israel adalah negara haram dan bertentangan dengan aqidah agama Yahudi dan juga kitab Taurat!!!”.

Yahudi spesis apakah ini???!!!

Rabbi Yisroel David Weiss

Itulah Rabbi Yisroel David Weiss dari kumpulan Yahudi Ortodoks yang menggelarkan diri mereka sebagai Naturei Karta (yang bermaksud: Penjaga kota atau The Guardians of the city). Ianya merupakan sebuah kelompok Yahudi Ortodoks yang menentang kewujudan negara Israel dan juga gerakan Zionis sedunia. Menurut mereka, penubuhan gerakan Zionis dan juga negara Israel merupakan satu konspirasi untuk merosakkan agama Yahudi dan sekaligus menghancurkannya. Mereka juga mendakwa bahawa rejim Zionis dan juga negara haram Israel tidak sekali-kali mewakili agama Yahudi, malah mereka merupakan golongan kafir menurut aqidah Yahudi yang sebenar!
 
Faham Anti-Zionis

Penolakan kumpulan ini terhadap ideologi Zionis dan juga negara haram Israel adalah berpunca dari pentafsiran agama Yahudi itu sendiri. Bagi mereka, Yahudi adalah agama yang telah wujud semenjak 3000 tahun yang lalu dan bukannya nama khusus bagi bangsa tertentu. Oleh yang demikian dengan sendirinya mereka menolak faham perkauman yang menjadi syiar utama semua kelompok Yahudi di serata dunia, dan juga teras kepada ajaran Zionisme.

Menurut mereka juga, penganut agama Yahudi adalah “bangsa pilihan Tuhan” bukan kerana bangsa mereka dan juga kehebatan mereka. Mereka dipilih Tuhan adalah kerana mereka adalah manusia yang penyayang dan juga mengasihani manusia lain. Pilihan tersebut juga bukanlah bermaksud dipilih untuk menguasai dunia dan memperhambakan bangsa-bangsa lain, tetapi ianya bermaksud mereka dipilih untuk hidup dengan mentaati Tuhan dan membantu manusia di seluruh dunia tanpa mengira bangsa.

Kumpulan Naturei Karta juga menegaskan bahawa ajaran Yahudi yang sebenar melarang penganutnya dari menumpahkan darah dan membenci bangsa lain. Mereka juga percaya bahawa mendapatkan kekuasaan dan membina negara di atas dasar kezaliman dan kekerasan adalah dikutuk oleh Tuhan. Bagi mereka, Yahudi adalah agama dan bukannya sebuah gerakan politik bersifat kebangsaan yang bersikap jahat terhadap bangsa yang lain. Pendapat mereka ini jelas bertentangan dengan ideologi Zionisme yang didokong oleh pelbagai kumpulan Yahudi yang bertanggung jawab membina negara haram Israel di atas tanah rakyat Palestin di atas nama perkauman dan gerakan kebangsaan.

Bagi faham Zionisme juga, Yahudi adalah semata-mata perkauman dan untuk menegakkan negara bagi kaum Yahudi mereka bebas menggunakan apa-apa cara samada kezaliman mahupun kekerasan. Zionisme juga percaya bahawa hanya dengan ideologi sekular sahaja mereka dapat memastikan survival bangsa Yahudi dan juga kesinambungan negara haram Israel yang mereka bina. Bagi mereka, kitab Taurat hanyalah satu kitab suci yang menjadi adat resam bangsa Yahudi sahaja tanpa membawa apa-apa erti dalam kehidupan  duniawi mereka.

Faham Zionis juga menterjemahkan “Bangsa Pilihan Tuhan” sebagai satu lesen bagi mereka untuk mempergunakan bangsa-bangsa lain di muka bumi ini. Ianya juga merupakan lesen besar untuk mereka jadikan alasan kepada kewujudan mereka di bumi Palestin dan menafikan hak kaum Arab (Muslim dan Kristian) di bumi tersebut. Walaupun berbekalkan semangat keYahudian, namun faham Zionis menolak ajaran-ajaran Taurat yang menghalang kaum Yahudi dari pulang ke Palestin dan menzalimi sesama manusia.

 Jelas bahawa faham Zionis hanyalah sebuah doktrin fahaman sekular yang diwarnai perkauman yang radikal. Di atas dasar inilah faham Zionis berpendapat bahawa selagimana seseorang manusia berketurunan Yahudi, maka dia adalah bangsa “Yahudi”, walaupun dia tidak mempercayai tuhan, tidak beragama dan juga tidak mempercayai Taurat serta ajaran-ajarannya. Sebab itulah kita mendapati pengasas gerakan Zionisme sendiri pun merupakan seorang Atheis yang tidak mempercayai tuhan sama sekali.

Yang menarik lagi, beliau (Theodore Herzl) pernah memakan sandwic berintikan daging babi (yang diharamkan oleh agama Yahudi) dengan menggunakan tangan kirinya di hadapan rabbi-rabbi Yahudi untuk menunjukkan beliau adalah seorang Yahudi yang liberal.

Atas sebab ini jugalah kita dapat melihat banyak sekali larangan-larangan dalam Taurat dilanggar oleh penduduk negara haram Israel yang merupakan masyarakat faham Zionis. Antaranya, (sekadar menyebutkan sahaja) bekerja hari Sabtu, perzinaan, membunuh orang-orang Palestin, menjual babi dan 1001 lagi pantang larang yang dilanggar di dalam negara Israel Zionis yang sekular.

Kumpulan Naturei Karta juga tidak mengiktiraf fahaman yang membezakan di antara kaum Yahudi dengan bangsa-bangsa lain. Bagi mereka, intipati ajaran Talmud (Meshna Tora, iaitu sumber rujukan kedua Yahudi seumpama Sahih al-Bukhari orang Islam) menegaskan perkara tersebut.

Sayangnya, menurut mereka, pentafsiran Talmud sering melupakan perkara ini dan hanya menumpukan kepada pentafsiran yang membawa kepada kelebihan kaum Yahudi berbanding dengan bangsa lain sahaja. Menurut meeka juga, kepercayaan yang berteraskan aqidah Monotheism ini telah menjadikan mereka tidak sombong dan bongkak lantas menjadi sesat seperti para pendokong Zionis yang pada pandangan mereka telah menjadi kufur dan musyrik.

Naturei Karta dan bumi Palestin

Antara perbezaan besar di antara Naturei Karta dengan golongan Zionis dan Israeli juga adalah sikap mereka terhadap bumi Palestin dan juga janji Tuhan kepada mereka berkenaan bumi tersebut. Menurut mereka, kaum Yahudi telah dikeluarkan dari bumi tersebut adalah kerana dosa-dosa mereka. Ianya merupakan siksaan dari Tuhan kepada bangsa Yahudi, dan sewajarnya kaum Yahudi mengambil pengajaran dan tidak mengulangi kesilapan silam. Proses pembuangan Yahudi dari bumi Palestin semenjak tahun 70 A.D. lgi adalah peluang bagi kaum Yahudi untuk mendekatkan diri mereka kembali kepada Tuhan dan memperbaiki diri mereka.

Walaupun kaum Yahudi sentiasa berdoa siang dan malam agar mereka dikembalikan ke bumi Palestin yang dijanjikan Tuhan kepada mereka, menurut kumpulan ini, ianya hanya hak Tuhan untuk mengembalikan mereka dan bukannya dengan usaha mereka sendiri, apatah lagi dengan mengambilnya dari orang lain serta menumpahkan darah. Mereka juga yakin, apabila sampai waktunya nanti, mereka akan pulang ke Palestin bersama Messiah yang telah dijanjikan oleh Tuhan, dan mereka akan hidup harmoni dengan penduduk lain di Palestin dalam keadaan beriman kepada Tuhan.

Maka, sewajarnyalah mereka menentang propaganda Zionis dan juga usaha-usaha kejam gerakan tersebut. Bagi kumpulan ini, apa yang dilakukan olrh Zionis dan juga Israelis sekarang ini hanya akan mengundang kemurkaan Tuhan terhadap mereka dan juga merupakan persiapan untuk mengundang azab dari Tuhan.

 Erez Yizrael yang mereka idamkan itu, menurut Naturei Karta adalah berbeza dengan negara Israel sekarang ini yang lebih kepada negara ketenteraan dan zalim. Erez Yizrael yang akan dibina oleh Messiah nanti adalah negara kerahiban, tanpa peperangan dan juga tanpa keganasan. Semua rakyat Yahudi akan tunduk dan beribadat kepada Tuhan untuk mendapatkan keredhaannya bersama-sama penduduk negara tersebut secara aman dan damai.

Oleh yang demikian, sehingga kini, Naturei Karta tidak pernah mengiktiraf kewujudan negara Israel, malah tidak pernah pun pergi ke Kotel (tembok meratap) mereka yang pada pandangan mereka telah dirampas dengan kekerasan dan kekejaman. Kekerasan dan kekejaman bukanlah intipati ajaran agama Yahudi pada pendirian kumpulan ini.

Zionis dan Nazi

            Di dalam bahan-bahan terbitan mereka, kumpulan Naturei Karta juga sering membidas golongan Zionis dan golongan Yahudi yang mempunyai dua kerakyatan (kerakyatan di negara yang mereka tinggal dan satu lagi kerakyatan Israel yang terbuka untuk semua Yahudi). Mereka mengumpamakan golongan seperti ini sebagai penderhaka dan tidak boleh dipercayai.

 Mereka menyeru agar penganut agama Yahudi yang sebenar menjadi rakyat yang baik, setia dan bekerjasama dengan penduduk negara yang mereka diami. Mereka beriman bahawa agama Yahudi menyuruh penganutnya menjadi warga yang baik dan juga rakan yang boleh dipercayai. Naturei Karta juga giat berkempen menyedarkan dunia terhadap konspirasi yang berlaku di antar pihak Zionis dan juga rejim Nazi Hitler lewat peristiwa “Holocaust”.

Pihak Zionis yang mempunyai kepentingan untuk memaksa orang-orang Yahudi berhijrah ke Palestin telah menggunakan peluang tersebut untuk membunuh mereka yang enggan berhijrah dan menjadikannya sebagai alat untuk menakut-nakutkan bangsa Yahudi lain di seluruh dunia, agar segera berhijrah ke Palestin. Ramai di antara kaum Yahudi yang terkorban lewat peristiwa tersebut merupakan golongan ortodoks Yahudi dan juga mereka yang anti-Zionis.

Bagi pihak Zionis, pakatan dengan Nazi itu telah membuahkan hasil yang lumayan sehingga ke hari ini. Bukan hanya sekadar simpati dunia yang mereka berjaya perolehi untuk menjustifikasikan kewujudan mereka di bumi Palestin, malah mereka juga berjaya untuk menipu majoriti kaum Yahudi, terutamanya golongan hartawan dan ortodoks yang enggan berhijrah kerana sebab agama dan juga keselesaan di negara yang mereka diami.

Jenayah ini menurut Naturei Karta, merupakan jenayah terbesar gerakan Zionis terhadap kaum Yahudi dan juga agama Yahudi.

Asal usul gerakan ini

Gerakan yang mempunyai cawangannya di seluruh dunia, terutamanya di Amerika Syarikat ini berasal dari gerakan Yahudi Ortodoks yang bernama Agudat Israel. Gerakan Agudat Israel ini telah ditubuhkan oleh golongan ortodoks Yahudi yang ingin menjaga kesucian agama mereka dari dirosakkan oleh gerakan-gerakan sekular Yahudi, terutamanya gerakan Zionis sedunia (World Zionis Organization) yang telah mula mendapat sokongan banyak pertubuhan Yahudi dari serata pelusuk dunia.

Sejurus diisytiharkan deklarasi Belfour, kumpulan Agudat Israel ini telah mengemukakan bantahan mereka terhadap League of  Nations (Liga Bangsa-Bangsa, iaitu sebuah kesatuan negara-negara sedunia sebelum United Nations / Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu). Mereka membantah terhadap pengiktirafan kerajaan British terhadap gerakan Zionis yang kononnya dianggap sebagai wakil bangsa Yahudi. Ketika gerakan Zionis menubuhkan Vaad Leumi, sebuah badan koordinasi Yahudi-Yahudi yang mendiami bumi Palestin, mereka telah menolak pelawaan Zionis untuk menyertai badan tersebut.

Pergeseran ini telah membawa sedikit demi sedikit peperangan dan perbalahan di antara Agudat Israel dan juga gerakan Zionis sehingga tahun 1927. Di bawah mandat British, mereka telah berjaya mendapatkan hak untuk tidak menyertai National Council yang merupakan badan sah untuk bangsa Yahudi di Palestin berurusan dengan pihak British.

Pertelingkahan ini walau bagaimanapun semakin lemah, apabila ramai di antara pengikut Agudat Israel mula menyertai faham Zionis, terutamanya dari kalangan mereka yang telah berputus asa dengan idealisme gerakan itu. Melihatkan kepada perkembangan gerakan Zionis dan juga kejayaan mereka untuk menubuhkan sebuah negara bagi kaum Yahudi (Erez Yizrael), ramai di antara ahli-ahli Agudat Israel, yang terdiri dari golongan ortodoks mula mengubah haluan untuk menyertai arus perdana kaum Yahudi di bumi Palestin dengan menyokong faham Zionis. Lebih menarik lagi, Agudat sendiri sebagai sebuah organisasi telah mendokong faham Zionis secara rasmi dan mengatakan bahawa Deklarasi Belfour itulah merupakan “Janji Tuhan” kepada bangsa Yahudi.

Keadaan menjadi lebih parah apabila Rabbi Cook the Elder telah mengeluarkan fatwa wajib bagi bangsa Yahudi di seluruh dunia untuk menyokong gerakan Zionis berdasarkan pentafsiran semula Talmud. Sebagai seorang yang berautoriti di kalangan golongan Ortodoks, fatwanya itu telah memberikan inspirasi kepada ramai dari kalangan Yahudi ortodoks yang lain untuk berhijrah dan mengiktiraf hegemoni faham Zionis terhadap survival bangsa Yahudi.

Kesan daripada perkembangan ini, golongan Yahudi Ortodoks yang telah berhijrah daripada Poland dan juga Jerman telah menubuhkan Naturei Karta (terjemahan: Penjaga Kota). Mereka bukan hanya tidak mengiktiraf gerakan dan faham Zionis, malah memisahkan diri mereka dari pertubuhan tersebut. Mereka mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menyatakan kerelaan mereka untuk bernaung di bawah kerajaan Islam berbanding hidup di bawah pemerintahan Zionis di dalam akhbar-akhbar milik mereka sendiri sejak dari tahun 1944 lagi.

 Apabila penubuhan negara Israel diisytiharkan pada tahun 1948, mereka telah menghantarkan surat bantahan terhadap Leagues of Nation. Menurut mereka, penubuhan tersebut adalah tidak sah, dan mereka memilih untuk berhijrah ke Jordan dan tidak menetap di Palestin. Sehingga beberapa waktu, gerakan ini sentiasa mengeluarkan kenyataan mereka mengutuk kerajaan Israel, dan sering mengantungkan bendera Israel separa tiang setiap kali acara hari kebangsaan penubuhan negara Israel disambut pada setiap tahun. Mereka juga menyokong segala usaha pembebasan bumi Palestin oleh orang-orang Arab dan kaum Muslimin.

Lebih menyakitkan hati kaum Zionis lagi, apabila mereka sentiasa menyeuarakan kesediaan mereka untuk bersama-sama kaum Muslimin untuk hidup di dalam sebuah negara Islam Palestin, di mana mereka tinggal di sana sebagai kaum minoriti yang baik. Hal ini telah membuatkan mereka menerima tindak balas yang kejam dari kerajaan rejim Zionis. Seperti orang Arab yang lain, merekatelah didiskriminasi, malah penempatan mereka seperti di Mea Sherim telah dikacau dan dihuru-harakan oleh pihak rejim Zionis. Usaha jahat rejim Zionis ini telah menyebabkan ramai di antara pendokong Naturei Karta mengambil keputusan untuk berhijrah meninggalkan Palestin, dan pengikut mereka serta simpatisan perjuangan mereka semakin berkurangan dari hari ke hari.



          Gerakan Naturei Karta kini

 
Kini, gerakan Naturei Karta telah cuba membina kekuatan mereka kembali di luar Palestin. Di New York dan juga bandar-bandar lain di Eropah, mereka telah menyusun gerakerja yang lebih strategik. Di dalam setiap demonstrasi anti-Zionis dan anti-Israel, pasti wajah-wajah mereka akan muncul dengan plakad-plakad yang tercatat slogan-slogan anti-Israel dan Zionis. Mereka juga tidak ketinggalan membakar bendera Israel sambil menjulang bendera Palestin.  Mereka juga sering berhubung dengan PBB dan menyuarakan pandangan-pandangan mereka terhadap isu Palestin dan menggesa agar PBB tidak mengiktiraf negara haram Israel.

Mereka juga sering melakukan kempen di serata dunia menggesa agar masyarakat dunia tidak mengiktiraf Israel dan juga menyeru agar negara haram Israel dihapuskan dan digantikan dengan negara Palestin berdaulat dengan bandar Baitul Maqdis diletakkan di bawah pengawasan antarabangsa. Gerakan ini kini mempunyai hampir 60,000 ahli di serata dunia yang berpusat di Brooklyn, Amerika Syarikat.

Mereka mempunyai tujuh orang ahli majlis tertinggi yang menetapkan hala tuju perjalanan gerakan tersebut dan juga merupakan tempat rujuk bagi ahli-ahli gerakan itu di serata dunia.  Mungkinkah mereka bakal menjadi penyelesaian kepada isu Palestin yang sedang mencari titik perhentiannya kini?

(Sumber rujukan: The Encyclopedia of Jews, Judaism and Zionism oleh Dr. Abdul Wahab el-Masiri, jilid ke-6)