Monday, January 9, 2012

Ikhwan Muslimin tidak menerima Perjanjian Camp David 1979



Ikhwan Muslimin tidak dapat menerima Perjanjian Camp David yang ditanda tangani oleh Mesir dan Israel pada tahun 1979. Ini adalah kerana perjanjian tersebut dilakukan oleh sebuah kerajaan yang tidak dipilih secara demokratik oleh rakyat Mesir. 

Meskipun perjanjian itu kononnya mengembalikan Semenanjung Sinai dari pendudukan Israel kepada negara Mesir, namun penyerahan tersebut adalah satu bentuk penipuan. Bagaimana Sinai didakwa telah dikembalikan kepada Mesir, sedangkan hakikatnya pasukan keselamatan Mesir tidak dibenarkan berada pada sebahagian besar dari wilayah Sinai. 

Mesir tidak mempunyai sebarang kedaulatan ke atas wilayah Sinai sehingga ia menjadi tempat membiaknya pelbagai aktiviti jenayah, pengedaran dadah, kerja-kerja sabotaj, serangan ke atas paip gas dan juga tempat-tempat peranginan. Hakikatnya Sinai digunakan oleh israel untuk menjamin kelansungan regim zionis dan meneruskan agenda pendudukan serta pembantaian kolektif ke atas penduduk Palestin khususnya di Gaza.

Walaubagaimanpun ikhwan tidak akan terburu-buru dalam membuat tindakan yang bolih mengundang reaksi tidak dijangka dari entiti Zionis dan AS sebagai pelindungnya, sambil menegaskan Mesir akan tetap memenuhi tanggungjawab antarabangsanya. Walaubagaimanapun rakyat Mesir berhak memutuskan pendirian mereka terhadap perjanjian Camp David yang terang-terangan mencabul kedaulatan Mesir dan memihak secara menyolok kepada Israel. Perjanjian berat sebelah itu mustahil dapat dipertahankan apabila sebuah kerajaan baru pilihan rakyat terbentuk di Mesir. 

Pungutan suara dalam hal ini pastinya akan memihak kepada usaha untuk merundingkan semula perjanjian Camp David kalau tidak memansuhkannya terus. Asasnya sebagaimana yang diulas oleh Khaled Amayreh dari Palestine Info Centre, Camp David 1979 bukanlah satu perjanjian damai sebaliknya satu penyerahan dan ketundukan kepada kebiadapan zionis, kebongkakan atas kekuatan ketenteraan yang dimiliki Israel.

Sumber: PIC dgn ulasan dari Pengerusi Aqsa Syarif

No comments:

Post a Comment