Monday, January 9, 2012
Ikhwan Muslimin tidak menerima Perjanjian Camp David 1979
Ikhwan Muslimin tidak dapat menerima Perjanjian Camp David yang ditanda tangani oleh Mesir dan Israel pada tahun 1979. Ini adalah kerana perjanjian tersebut dilakukan oleh sebuah kerajaan yang tidak dipilih secara demokratik oleh rakyat Mesir.
Meskipun perjanjian itu kononnya mengembalikan Semenanjung Sinai dari pendudukan Israel kepada negara Mesir, namun penyerahan tersebut adalah satu bentuk penipuan. Bagaimana Sinai didakwa telah dikembalikan kepada Mesir, sedangkan hakikatnya pasukan keselamatan Mesir tidak dibenarkan berada pada sebahagian besar dari wilayah Sinai.
Mesir tidak mempunyai sebarang kedaulatan ke atas wilayah Sinai sehingga ia menjadi tempat membiaknya pelbagai aktiviti jenayah, pengedaran dadah, kerja-kerja sabotaj, serangan ke atas paip gas dan juga tempat-tempat peranginan. Hakikatnya Sinai digunakan oleh israel untuk menjamin kelansungan regim zionis dan meneruskan agenda pendudukan serta pembantaian kolektif ke atas penduduk Palestin khususnya di Gaza.
Walaubagaimanpun ikhwan tidak akan terburu-buru dalam membuat tindakan yang bolih mengundang reaksi tidak dijangka dari entiti Zionis dan AS sebagai pelindungnya, sambil menegaskan Mesir akan tetap memenuhi tanggungjawab antarabangsanya. Walaubagaimanapun rakyat Mesir berhak memutuskan pendirian mereka terhadap perjanjian Camp David yang terang-terangan mencabul kedaulatan Mesir dan memihak secara menyolok kepada Israel. Perjanjian berat sebelah itu mustahil dapat dipertahankan apabila sebuah kerajaan baru pilihan rakyat terbentuk di Mesir.
Pungutan suara dalam hal ini pastinya akan memihak kepada usaha untuk merundingkan semula perjanjian Camp David kalau tidak memansuhkannya terus. Asasnya sebagaimana yang diulas oleh Khaled Amayreh dari Palestine Info Centre, Camp David 1979 bukanlah satu perjanjian damai sebaliknya satu penyerahan dan ketundukan kepada kebiadapan zionis, kebongkakan atas kekuatan ketenteraan yang dimiliki Israel.
Sumber: PIC dgn ulasan dari Pengerusi Aqsa Syarif
Persamaan Kedua-dua Tapak Kaabah dan Kawasan Masjid al-Aqsa
Lagi fakta ttg Masjid al-Aqsa.
Kedua-dua tapak Kaabah dan kawasan masjid al-Aqsa yang disempadani oleh tembok mempunyai dimensi yang sama.
Kedua-duanya adalah berbentuk segi empat tempat yang tidak sekata (irregular rectangle) Ke empat-empat segi empat ini bukan bersudut tepat (<> sedikit dari 90 darjah). Kaabah yang asal menganjur sehingga ke hijir Ismail (ini bermakna bangunan kaabah yang asal lebih panjang dari yang ada pada hari ini).
Apabila kedua-dua tapak masjid ini ditindan (superimposed) dimensi keduanya adalah sama (pada ke empat-empat sudut tersebut). Ini bererti Masjid al-Aqsa adalah dimodelkan pada Kaabah tetapi pada nisbah ukuran panjang dan lebar yang lebih besar (greater proportion).
Maha Suci Allah.. Pemelihara Tanah Suci Yang Tiga.
Sumber:Thesis PhD - 'The Architectural Development of Al-Aqsa mosque in Islamic Jerusalem in the Early Islamic Period: Sacred Architecture in the Shape of ‘’The Holy‘’, Strathclyde University (2002)' oleh Haithem Fathi Al-Ratrout
Anwar tidak bersalah dan dibebaskan
Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
9 Januari 2012 bersamaan 14 Safar 1433
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
9 Januari 2012 bersamaan 14 Safar 1433
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah memutuskan Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dalam tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah telah mengarahkan Anwar Ibrahim dibebas dan dilepaskan. Kes tersebut bagaimanapun boleh dirayu di Mahkamah Persekutuan.
IKRAM berharap keputusan mahkamah ini adalah satu petanda positif kepada pemulihan integriti sistem kehakiman negara yang melaksanakan amanahnya sebagai institusi yang adil, bebas dan berintegriti dalam menangani semua kes mahkamah sama ada yang berprofil tinggi atau biasa.
IKRAM percaya hanya dengan sikap demikian kepercayaan rakyat terhadap sistem kehakiman akan dapat dipulihkan.
IKRAM mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan keluarga.
IKRAM juga mengucapkan tahniah kepada pihak polis dan penganjur Perhimpunan 901 yang bekerjasama memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta sepanjang perhimpunan.
Dr. Mohd Parid Sheikh Haji Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
Wednesday, January 4, 2012
Wahai Pemuda: Generasi kita sangat istimewa
Aku selalu dengar, kata-kata seperti…
“Kita dah makan garam banyak mana sekalipun, orang-orang tua dah makan garam lebih banyak daripada kita”
Ada plak yang kata….
“Korang ingat korang matang sangat ke kat FB dan Blog untuk mengatakan orang lain tidak matang? Korang punya pengetahuan dan pengalaman tu terlalu cetek!”
Aku punya respond…. Tiada manusia yang mengetahui tahap pengetahuan dan pengalaman seorang individu melainkan jika dia memang mengenalinya dengan mendalam…. Rasulullah dan Omar (sahabat yang mempunyai kefahaman paling power) sendiri tidak memandang pada umur seseorang, tetapi memandang kepada kualiti seseorang… sehinggakan seorang pemuda boleh memasuki syura tertinggi Omar, iaitu Ibnu Abbas….
Aku masih lagi seorang pemuda. Alhamdulillah… Dan atas sebab tu aku sangat meyakini bahawa masa depan dunia ini terletak di tangan pemuda pada masa sekarang, seperti yang dikatakan oleh sadina Ali:
“Kalau engkau ingin melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah kepada pemuda-pemudanya”
Umar Abdul Aziz mula menjadi seorang gabenor Madinah pada usia 23 tahun, tidakkah pada ketika itu beliau merupakan seorang pemuda?
Malahan pernah suatu hari Omar menyuruh untuk para sahabat ‘bermimpi’…. Maka ada yang mengatakan aku bermimpi untuk mempunyai emas yang setinggi gunung, supaya boleh menginfakkan kepada Allah, ada pula yang mengimpikan berlian.
Tetapi Omar mengimpikan pemuda-pemuda seperti Abu Ubaidah Al-Jarrah, Muaz Bin Jabal dan Salim hamba Huzaifah, supaya beliau dapat menggunakan mereka untuk menegakkan kalimah Allah!
Wahai Pemuda
Generasi pemuda zaman kini sangat berbeza daripada zaman dahulu, malahan sangat berbeza dengan generasi pemuda 10 tahun dahulu… Kenapa? Kerana sekarang ini zaman teknologi maklumat, golongan pemuda kini mampu mengetahui isu-isu semasa dalam dan luar negara, dari isu politik, ekonomi sehingga isu-isu agama, dengan melakukan sesuatu yang mereka sukai, iaitu bermain FB…Golongan pemuda kini juga mampu memiliki segala cabang ilmu dari hujung-hujung jari mereka, sebut sahaja inginkan ilmu berkaitan jantung? Ataupun inginkan ilmu berkaitan kereta hybrid? Ataupun inginkan ilmu berkaitan beza antara insurans dan takaful? Ataupun inginkan dalil-dalil untuk apa-apa sahaja amalan daripada dalil bacaan solat sehinggalah dalil hudud, semuanya boleh dijumpai di internet.
Jika dahulu antara ciri-ciri yang menjadikan ISHAB power adalah kerana dia menyaksikan pelbagai saat-saat bersejarah di zamannya… Hakikatnya zaman kini mampu melahirkan ribuan malahan jutaan pemuda yang mempunyai ciri tersebut….
Berapa ribu atau jutaan pemuda seluruh dunia yang menyaksikan saat-saat jatuhnya Hosni Mubarak secara live? Berapa ribu atau jutaan pemuda yang menyaksikan kejadian Mavi Marmara yang direkod ketika kejadian itu berlaku? Berapa ribu atau jutaan pemuda zaman sekarang yang sudah mula memahami korupsi yang berlaku di dalam dan luar negara? Yang menyaksikan bagaimana ulama-ulama dalam dan luar negara berbeza pendapat? Yang menyaksikan Palestin diterima masuk Unesco yang hanya berakhir dengan dipercepatkan penjajahan tanah Palestin kepada Israel!!??
Adakah golongan dewasa zaman sekarang mendapat nikmat sebegitu pada zaman mereka masih seorang pemuda?
Tidak… Maka bersyukurlah kepada Allah atas nikmat ini….
Zaman sekarang ini seorang individu mampu untuk menggegarkan dan menyampaikan mesej kepada seluruh negara sehingga membuka mata semua orang… Dan pemuda adalah golongan yang mempunyai pemikiran yang ‘jernih’, yang mampu untuk menilai semua perkara dan menilai apa yang baik dan apa yang buruk, tanpa begitu ‘bias’ kepada satu-satu pihak… kerana kita masih muda, dan tidak dicemari dengan pengalaman-pengalaman pahit yang besar….
Wahai Pemuda
Kitalah generasi yang akan memimpin dunia pada masa hadapan. Jika kita inginkan perubahan pada pemimpin maka ubahlah diri kita supaya kita akan menjadi pemimpin pada masa hadapan se’ideal’ yang kita harapkan sekarang….Jika kita harapkan pada masa hadapan ekonomi Islam akan kembali, maka kaji dan sebarkanlah kefahaman ekonomi Islam itu kepada member-member kita dan adik-adik kita dari sekarang lagi, semoga dengan itu dalam 30 tahun lagi semua masyarakat yang menjadi ‘key player’ pada masa itu memahami konsep ekonomi Islam yang sebenarnya.
Jika kita harapkan Malaysia ini menjadi sebuah negara Islam… Maka marilah kita mentarbiyah kawan-kawan kita zaman sekarang dengan tarbiyah Islam yang sebenar-benarnya…. Dengan akhlaq Al-Quran, dengan ibadah Rasulullah, dengan aqidah Allah dan Akhirat… semoga dengan itu apabila pemuda-pemuda sekarang menjadi ibu bapa, maka mereka akan menanam tarbiyah yang sama malahan lebih baik lagi kepada anak-anak mereka.
Dan akhirnya generasi selepas kitalah yang akan menjadi generasi yang dipenuhi dengan rijal-rijal Islam sejak kecil lagi…. Yang menjadi generasi yang bermimpikan untuk membuka Rom Barat sejak umur 6 tahun lagi… Yang menjadi hafiz pada usia semuda 10 tahun, Yang akan menggegarkan negara dan dunia dengan kebenaran Islam pada usia belasan tahun…
Dan pada ketika itu kitalah yang akan menjadi syeikh-syeikh kepada mereka… Maka bersiapkanlah diri kita untuk menjadi pembangkit semangat, menjadi tempat rujukan ilmu, dan menjadi penyokong tempat mereka mengadu jika mereka ditimpa ujian….
Diharapkan post ini dapat menyedarkan semua pemuda….
Cukup-cukuplah main game, cukup-cukuplah tengok cerita korea, cukup-cukuplah meluangkan masa untuk benda-benda yang tidak berfaedah.
Kerana kita sepatutnya sedar bahawa masa depan dunia berada ‘di tangan’ kita (dengan izin Allah)…. Dan kita sepatutnya sedar bahawa kita perlu mempersiapkan diri kita untuk masa hadapan, masa di mana kita akan menjadi pemimpin dan rujukan kepada orang-orang yang lebih muda daripada kita
Dakwah ini sya’bun (rumit) tapi hasilnya tsabit (tetap)
Dakwah ini thawil (panjang) tapi hasilnya ashil (asli)
Dakwah ini bathi’ (lambat) tapi hasilnya ma’mun (terjamin)
Dakwah ini thawil (panjang) tapi hasilnya ashil (asli)
Dakwah ini bathi’ (lambat) tapi hasilnya ma’mun (terjamin)
Wahai Pemuda, kita adalah generasi pemuda yang baru, sangat istimewa dan berkelebihan berbanding generasi-generasi pemuda sebelum kita
p/s: gembira dengan perubahan sambutan tahun baru di Malaysia, dihadiri 70,000 orang pemuda, untuk mendengar ceramah sambil menyambut tahun baru.
Izzuddin Yussof
Economics and Actuarial Science
University of Southampton
Economics and Actuarial Science
University of Southampton
http://dakwat.org
Wednesday, December 28, 2011
Muslimah Kita dan Drama Korea
Seperti entri sebelum ini, hampir sebulan juga saya tangguhkan permintaan seorang pembaca untuk entri mengenai drama Korea. Saya fikir, itu suatu isu yang bagus untuk ditulis bahkan sebenarnya perlu untuk menyedarkan sahabat-sahabat kita terutama muslimah yang begitu obses dengan drama Korea.
Bagi memastikan entri ini ringkas dan tidak terlalu panjang, maka saya fikir adalah lebih wajar untuk ditulis khusus kepada skop yang dimaksudkan sahaja. Bermakna, bukanlah saya mahu berbicara tentang hukum menonton filem, melihat pelakon dalam drama dan sebagainya.
Skop yang dimaksudkan adalah, fenomena muslimah kita yang ‘tersampuk’ kegilaan menonton drama Korea dan juga meminati para pelakonnya secara berlebihan.
ASAS
Mengapa perlu dibincangkan tentang drama Korea sahaja? Mengapa tidak dikaitkan sekali filem-filem melayu, filem-filem hollywood, filem-filem aksi dari China dan sebagainya?
Memang benar, ramai juga yang obses atau fanatik dengan filem komedi dari barat, umpamanya filem Big Mama ataupun filem-filem horror umpamanya Saw dan Final Destination. Begitu juga ada yang fanatik dengan filem-filem aksi dari China umpamanya IP Man, Fearless dan sebagainya.
Tetapi isu drama Korea menarik perhatian kerana fenomenanya berbeza.
Fenomena ini boleh mengundang ‘demam’ dan demam drama Korea ini agak kronik, sehingga mampu menjadikan ‘pesakit’ itu seakan angau, hilang fokus belajar, suka berangan-angan mat jenin dan paling dahsyat, terlibat dengan pembaziran masa yang sungguh parah.
Lebih malang, demam ini kebanyakannya menimpa wanita muslimah kita termasuklah yang berada di jurusan agama.
Justeru dalam isu ini, saya kira elok kita perhatikan kepada beberapa perkara :
PERTAMA : SYARIAT
Di dalam Al-Quran ada perintah supaya menundukkan pandangan, dengan ertikata lain menjaga pandangan kita daripada melihat kepada yang bukan mahram. Lelaki didahulukan dalam ayat tersebut, kemudian diikuti dengan wanita.
Memang benar, di sana sini kerapkali larangan memandang ini dititikberatkan kepada lelaki sahaja, sehingga wanita dilupakan. Lelaki dilarang memandang wanita, tetapi wanita tidak kisah kalau memandang lelaki. Mungkin, sesetengah berpendapat sifat malu wanita sudah cukup menjadi benteng penghalang.
Tidak kurang juga yang beralasan :
“Lelaki kalau pandang wanita boleh naik syahwat, bahaya. Tetapi wanita lain, dia tak naik syahwat kalau pandang lelaki..”
Cuba rujuk balik kepada ayat Allah. Perintah menundukkan pandangan itu dihighlightkan kepada kedua-dua, lelaki dan wanita. Meskipun suruhan kepada lelaki didahulukan dalam ayat pertama dan untuk wanita dalam ayat kedua, itu tidak bermakna suruhan menundukkan pandangan bagi wanita boleh dipandang enteng.
Ataupun , adakah kita sanggup mengatakan bahawa Allah menyebut suruhan itu secara sia-sia? Maha Suci Allah dari perbuatan yang sia-sia. Setiap suruhan dan larangan sesungguhnya terkandung hikmah dan kepentingan yang sangat besar untuk manusia.
Maka, mahu atau tidak, wanita juga perlu mengambil berat soal menjaga pandangan dari kaum adam. Tidak kiralah di alam nyata mahupun di dalam filem dan drama.
KEDUA : KEPERLUAN ATAU KEHENDAK
Menonton filem atau drama bukanlah suatu yang wajib ataupun keperluan kepada manusia. Dengan makna, kita tidak mati jika tidak menonton filem. Justeru, memandang aurat bukan mahram di dalam filem atau drama adalah merupakan pilihan kita sendiri dan bukannya suatu yang dipaksakan kepada kita.
Ia berbeza dengan wanita-wanita yang membuka aurat di sekeliling kita. Kita mungkin akan terlanggar tiang jika mahu mengelak dari memandang wanita yang membuka aurat. Begitu juga dengan wanita. Berada di khalayak untuk sesuatu urusan sehingga membuka ruang pandang kepada bukan mahram adalah perkara yang dimaafkan. Kecuali jika kita sengaja memandang, maka itu jelas haram.
Berbalik kepada drama Korea, tiada siapa yang memaksa anda untuk menonton melainkan anda sendiri. Jadi anda perlulah sedar bahawa, sebarang kemaksiatan yang berlaku di hadapan anda adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri dan anda mempunyai pilihan samada untuk meninggalkan ataupun meneruskan.
KETIGA : FANATIK DAN OBSES
Adalah suatu yang malang bagi seorang mukmin, jika ditimpa keobsesan kepada orang kafir dan fasiq yang sedikit pun tidak mendatangkan manfaat kepadanya. Ini jelas terjadi kepada peminat fanatik drama dan pelakon Korea.
Ia berbeza dengan minat dan kekaguman kita terhadap seseorang tokoh. Mereka kita jadikan sebagai idola dan pencetus motivasi. Ini suatu yang berbeza. Kegilaan kepada pelakon Korea adalah kegilaan yang terfokus kepada cara dia berlakon, rupa paras, kacak, hensem, comel, romantik, pandai bermadah kata, pandai menyanyi dan sebagainya.
Bahkan ada yang menghabiskan masa meng’google‘ gambar pelakon kegemarannya, mendownload serta menyimpan pula pelbagai klip video lagu Korea yang disukainya.
Kegilaan seperti ini sama sekali tidak mengundang faedah. Berapa ramai yang menonton drama Korea kerana mahukan moral of the story berbanding yang menonton dan hanyut dengan angan-angan dan perasaan masing-masing.
Kesemua ini, jika tidak dikawal akan membawa hati kita kepada berkurangnya rasa cinta dan kasih kepada Allah serta Rasul. Di waktu kita melihat keelokan rupa paras, ianya tidak kita kembalikan kepada Allah. Di waktu kita melihat sesuatu kesedihan dan ‘lakonan’ takdir, maka kita tidak kembalikan kepada Allah. Kita hanya menonton dan mengagumi makhluk-makhluk dalam lakonan tersebut sahaja.
KEEMPAT : LALAI
” Saya risau, ramai kawan-kawan saya yang obses dengan cerita Korea, mereka menjadi sangat lalai..”
Ya. Itulah point nya. Kelalaian. Pembaziran masa. Hilang fokus.
Sebagai contoh, muslimah yang sebelumnya rajin mengulangkaji pelajaran dan menggunakan masa untuk membaca bahan ilmiah, tetapi setelah ‘tersampuk’ kegilaan kepada drama Korea, jadual hariannya tunggang langgang.
Anehnya, tunggang langgang itu tidak menjadikan dirinya ‘susah’ sebaliknya selesa dan bahagia pula. Ini kerana dia sudah terbang ke suatu dunia yang penuh dengan warna warni ciptaan manusia.
Suatu perkara yang perlu difahami tentang drama Korea ialah, jalan ceritanya sengaja dibentuk supaya bersambung-sambung dan benar-benar menjadikan perasaan penontonnya terbuai-buai dan ‘nak lagi-nak lagi’.
Suntikan maut inilah yang akhirnya mematikan diri anda yang sebenar.
Di luar, anda menjaga pandangan dari kaum adam. Kononnya, kerana mahukan pasangan yang soleh suatu hari nanti. Tetapi di dalam bilik, wajah pelakon Korea itulah yang menjadi teman setia anda sampai ke dalam selimut. Gambar ditampal di dinding bilik dan di ‘dinding hati’. Dalam solat terbawa-bawa, dalam mimpi terngigau-ngigau. Dalam bilik kuliah, hanyut entah ke mana.
KELIMA : SIFAT MALU
Inilah yang menjadikan wanita muslimah sebagai subjek utama. Mengapa secara luaran, anda malu untuk menyatakan cinta kepada seseorang lelaki kecuali dengan ikatan pernikahan yang sah, tetapi di dalam, anda begitu tidak malu meluahkan rasa ‘cinta’ dan minat anda kepada ‘mamat-mamat’ Korea?
Oh..Hensemnya dia! Aku jatuh cinta!
Aku suka hero cerita ni. Sangat caring..romatik..wah..sukanya..sukanya..
Kemudian, apabila ditegur dan dinasihati, jawabnya :
Aku suka je, minat je, bukan betul-betul pun
Alah..biasalah minat, macam lelaki minat siti norhaliza, aku minat mamat Korea
Hakikatnya, itulah simptom yang terhasil daripada pokok permasalahan iaitu terhakisnya sifat malu dari dalam diri. Apabila pandangan tidak dijaga, hati akan ditimpa musibah. Lantas lahirlah pelbagai alasan mempertahankan diri meskipun hati sendiri tidak beroleh ketenangan.
KESIMPULAN
Saya lebih cenderung mengajak kita mengambil sikap pertengahan. Kerana itu saya tidak mahu mengatakan haram dan haram semata-mata, tanpa meraikan fitrah dan keperluan insan. Kalau mahu menonton, tontonlah sekadarnya sahaja.
Sekadar mahu menghilangkan tension. Sekadar mahu mengalih perhatian. Sekadar mahu menghilangkan bosan. Sekadar mahu menghiburkan hati.
Tetapi kalau berhari-hari, berminggu-minggu hanya itu yang dihadap, itu ‘sekadarnya’ kah?
Bukan semua cerita Korea itu bersambung episod, ada juga yang dibuat dalam satu cerita pendek sahaja, tetapi yang terfokus di sini adalah drama Korea yang berjela-jela panjangnya, sehingga anda tidak bisa menonton sekadar setengah atau satu jam. Itu bukan lagi termasuk dalam kategori harus, bahkan boleh sampai tahap makruh atau haram kepada melibatkan kelalaian hati dan pembaziran masa tanpa keperluan.
Maka berwaspadalah. Isu ini perlu dijadikan teguran dan ‘kempen’, bukan serangan dan hukuman. Mereka yang terlibat mungkin tidak sedar dan mungkin juga sedar, tetapi sedang berusaha melawan keobsesan mereka sendiri.
Pesan pada mereka ; kalau anda tidak dapat menahan hati dengan hanya melihat satu episod, maka jalan terbaik adalah jangan tonton walaupun satu episod. Mencegah itu, sesungguhnya jauh lebih baik dan selamat.
Sekian.
sumber: http://aciksayang.blogspot.com
Pesan Terbesar Buat Diriku Yang Lalai
ANDAINYA tidak pernah gugur airmata walaupun setitik,
ANDAINYA tiada pernah menjerit meraung atas segala dosa dan kesalahan,
ANDAINYA tiada pernah menanggung penderitaan, kesengsaraan, keperitan dan kesedihan lahir dan batin,
ANDAINYA tiada pernah mendengar dan menerima segala tuduhan, fitnah, penghinaan, celaan, maki hamun,
ANDAINYA tiada pernah berlapar dan tiada apa-apa rezeki disisi,
ANDAINYA tiada pernah berpisah dengan segala yang dikasih, ibubapa, anak, isteri, kaum kerabat, sahabat dan teman, harta benda dan segala-galanya,
ANDAINYA tiada pernah berjaga malam dan bersengkang mata,
ANDAINYA tiada pernah menghulurkan apa-apa yang kita masih berhajat padanya kepada orang-orang yang juga berhajat,
ANDAINYA tiada pernah memberi apa yang dikasihi kepada orang2 yang meminta,
ANDAINYA tiada pernah membaca sepotong AYAT-AYAT ALLAH dalam sehari,
ANDAINYA tiada pernah bergaul dan bercampur dengan segala kekasih ALLAH, ulama, dan orang-orang soleh,
ANDAINYA tiada pernah bersama dan makan bersama dengan orang-orang fakir, miskin, anak-anak yatim,
ANDAINYA tiada pernah dikata dan dituduh gila, sesat, pembawa bidaah, perosak dan pengikut syaitan,
ANDAINYA tiada pernah mengikuti jalan-jalan sebagaimana jalan NABI,
ANDAINYA tiada terzahir pada peribadi sunnah NABI dan akhlak terpuji sebagaimana akhlak NABI,
Maka usahlah berani berbicara tentang IMAN, HAKIKAT dan MAKRIFAT...!!
Apatah lagi membuat pengakuan dan dakwaan beriman dan kenal ALLAH..!!
Serta mengaku orang2 yang hampir dan dekat dengan ALLAH..!!
Jauh sekali untuk mengaku dan mendakwa cinta dan kasih ALLAH..!!
Kerana semuanya itu adalah dusta, pura2 dan sia-sia sahaja..!!!
Maka jika semua yang demikian itu tiada pernah dialami, dirasai dan lebih disukai…!!!
Maka sesungguhnya segala pengakuan CINTA dan KASIH ALLAH
adalah dusta, sadur dan pura-pura…!!!!
-Syeikhuna, Syeikh Abdullah Al-Majzub-
Subscribe to:
Posts (Atom)